Jika anda mencari atau ingin mengenali NLP (Neuro-Linguistic Programming) yang semakin dikenali, buku ini adalah pemulanya. Inilah satu-satunya buku pengamalan asas NLP yang paling lengkap dan komprehensif dalam Bahasa Melayu. Edisi Pertama pada tahun 2009 adalah buku NLP pertama dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Sehingga kini, tidak ada buku NLP Bahasa Melayu yang setanding dengannya.
Buku Edisi Kedua ini kandungannya bertambah hampir dua kali ganda daripada Edisi Pertama. Jika dilihat, lebih daripada 400 mukasurat. Dianggarkan buku ini mengandungi 40% lebih kandungan daripada Edisi Pertama.
Antara kandungan baru adalah apa yang dikatakan NLP generasi ketiga dan keempat. Ia mengandungi banyak input-input baru seperti :
- Meta-State
- ‘Timeline’ Terapi
- Trans Generatif
- Hipnoterapi
- Dan Banyak lagi
Salah satu input paling utama yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku NLP sebelum ini yang didasarkan pada pemikiran barat ialah konsep Iqra’, iaitu bacalah dan penjelasan takungan minda yang berkaitan. Buku ini wajib menjadi bahan rujukan untuk meningkatkan daya fikir pembacanya.
Tan Sri Dato’ Seri Idris Jusoh (Mantan Menteri Pendidikan Tinggi) –
Jelas, kandungan buku yang ada di tangan anda ini adalah sebuah buku yang amat jarang atau 'rare' terutamanya dalam versi bahasa Melayu. Pada saya, belum terdapat lagi buku NLP yang seumpama ini dalam negara. Jika anda mahu tahu rahsia kejayaan diri, buku ini adalah sebuah buku yang wajib dimiliki oleh setiap individu yang inginkan kejayaan, keberkatan dan kebahagian yang hakiki dalam hidupnya.
Ustaz Mohd Hafiz Ramli (Mudir Madrasah Darul Islah) –
Alhamdulillah, ilmu yang terkandung dalam buku ini sesungguhnya sangat membantu saya untuk membuat perubahan yang terbesar dalam hidup saya. Bagaimana nak berubah kepada suatu keadaan yang lebih baik serta tidak gagal dalam melakukan perubahan dengan menggunakan alat dan teknik yang betul? Jawapannya terdapat dalam buku ini.
Sofar Ahmad ( Founder Bullion Star Group, QM) –
Saya sangat teruja untuk membaca buku ini. Buku ‘NLP Rahsia Sains & Seni Kejayaan Diri’ adalah bacaan yang hebat. Ia memberi inspirasi dan mudah dibaca. Ia adalah salah satu buku yang patut ada di rak buku anda dan kembali membacanya bila-bila masa anda terasa down untuk membangkitkan diri anda kembali.
Puan Siti Affiza Mohammad (Pengarah Urusan Aulad Musleh Sdn Bhd) –
NLP telah membantu jutaan insan meningkatkan keyakinan diri, menghilangkan rasa takut dan mencapai kejayaan peribadi, kehidupan profesional serta perhubungan. Tahniah kepada Tn. Hj. Md Taib Mat kerana berjaya menghasilkan sebuah naskhah hebat dengan menampilkan sisi baik NLP yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Shelle Rose Charvet (Canada), International Trainer / Speaker. Author of the international bestseller ‘Words that Change Minds’ –
Md Taib bin Mat has written an excellent book on NLP, both for beginners and for those who want to explore advanced applications and developments. I highly recommend it!”
Jimmy Susanto (Indonesia), Certified NLP Trainer, Speaker, Book Publisher –
Pakcik Haji Md Taib Mat, is one of the NLPers that I highly respected in the world, with all his learning, experience, and journey in life of NLP, this book will gives you a book with not just a knowledge but also a life changing must read book.