Apa itu NLP?

Selamat datang kepada dunia NLP. NLP adalah singkatan akronim kepada ‘Neuro Linguistic Programming’. Ia adalah satu kajian sistematik mengenai percontohan ‘modelling’ kecemerlangan manusia yang berdasarkan kepada struktur pengalaman subjektif yang dialami.
NLP ialah teknologi berkesan mencemerlangkan diri setiap manusia. NLP terbukti dalam membangunkan dan menyerlahkan potensi insan secara sistematik, saintifik dan holistik. Ia menjelaskan sistem minda-tubuh, pengaruh bahasa dan corak minda berfikir bagi menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Apa jua yang menjadikan manusia seperti dirinya hari ini adalah maklumat yang dicerapnya. Semua maklumat secara total hanya dicerap melalui lima pancaindera atau sensori anugerah pencipta. Dalam NLP, kelima-lima deria ini lebih dikenali sebagai VAKOG.
Mengetahui NLP bererti seseorang lebih tahu bagaimana menggunakan deria dan mindanya menjadi lebih efektif untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Sejarah & Pembangunan NLP?

NLP atau “Neuro Linguistic Programming” dimajukan dengan usaha oleh beberapa orang yang bermula pada awal tahun 1970-an di California iaitu di University of California, Santa Cruz. Ia dipelopori oleh Dr Richard Bandler, Frank Pucelik dan Dr John Grinder.
Dr Richard Bandler adalah pelajar jurusan Komputer dan Matematik, Frank Pucelik pelajar jurusan Kaunseling Psikologi dan Dr John Grinder, seorang Profesor Linguistik. 
Walau bagaimanapun, nama Frank Pucelik agak tersisih dari sejarah NLP apabila dia berpecah dari kumpulan asas tersebut dan kini menetap di Ukraine.
Mereka bertiga dibantu oleh sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka ‘student of space academy’ (Robert Dilts). Antara mereka ialah Robert Dilts, Judith DeLozier, Stephen Gilligan, David Gordon, Leslie Cameron-Bandler, Steve dan Connirae Andreas, Terence McClendon, Todd dan Teresa Epstein dan lain-lain.
Kajian mereka mengenai prestasi perlakuan kecemerlangan bermula dengan transkrip Dr Fritz Perls mengenai kaedah Gestalt yang digunakannya. Bandler mencontohi apa yang dilakukan oleh Dr Fritz Perls. Kemudian mereka mengkaji kaedah yang dilakukan oleh Dr Virginia Satir dalam setting terapi ahli-ahli keluarga bermasalah. 
Selepas itu mereka mengkaji kaedah-kaedah hipnoterapi yang dibuat oleh Dr Milton Erickson, seorang doktor psikiatri dan hipnosis tersohor dunia. Mereka juga mendapat banyak input dan panduan dari Dr Gregory Bateson, seorang antropologis diwaktu itu.
Alfred Korzybski, seorang saintis dan jurutera yang menjelaskan mengenai bagaimana perkataan mempengaruhi sikap manusia dan memberikan nama ‘Neuro- Linguistic Programming’ pada tahun 1930’an. Namun NLP yang dipelopori oleh Richard Bandler, Frank Pucelik, John Grinder dan lain-lain melalui kaedah “modeling” pada tahun 1975 adalah berbeza dari yang dibuat oleh Alfred Korzybski.
Kebanyakan linguistik yang diterokai oleh John Grinder adalah dari ‘Transformational Grammar’ yang dipelopori oleh Noam Chomsky di MIT.

Aplikasi-aplikasi NLP?

Bermula dengan penggunaan dalam psikoterapi, NLP kini digunakan dalam banyak bidang untuk melonjakkan prestasi dan kecemerlangan seperti berikut:
Scroll to Top