Anda Berhak Hebat

(7 customer reviews)

RM49.00

Buku terlaris sejak 2003 kini menemui anda dengan Edisi Ketiga dan tahun kedua puluh penerbitannya. Sebuah buku penunjuk cara dan motivasi untuk membina kehebatan diri yang didambakan oleh setiap insan.

Bermula dengan kehidupan sebagai satu anugerah pemberian pencipta, buku ini mengajak anda bersyukur dan menyayangi diri. Anda diminta memberikan makna yang terbaik kepada kehidupan.

Ia mengandungi 27 bab yang tersusun rapi membawa anda langkah demi langkah dalam memupuk jati diri menjana matlamat dan visi kehidupan.

Antara kandungan yang amat menarik ialah :

  • Bagaimana Mengawal Emosi
  • Hidup Mengikut Degupan Jantung
  • Kaedah Menangani Kegagalan
  • Mengembangkan Zon Keselesaan
  • Dan Banyak Lagi

Sebuah buku rujukan motivasi kendiri yang mesti dimiliki oleh mereka yang ingin membina kehidupan hebat yang hakiki dalam merentasi perjalanan hidup sebagai seorang juara. Ia adalah sebuah buku yang sentiasa segar atau ‘evergreen’ sepanjang zaman.

Buku terlaris sejak 2003 kini menemui anda dengan Edisi Ketiga dan tahun kedua puluh penerbitannya. Sebuah buku penunjuk cara dan motivasi untuk membina kehebatan diri yang didambakan oleh setiap insan.

Bermula dengan kehidupan sebagai satu anugerah pemberian pencipta, buku ini mengajak anda bersyukur dan menyayangi diri. Anda diminta memberikan makna yang terbaik kepada kehidupan.

Ia mengandungi 27 bab yang tersusun rapi membawa anda langkah demi langkah dalam memupuk jati diri menjana matlamat dan visi kehidupan.

Antara kandungan yang amat menarik ialah :

  • Bagaimana Mengawal Emosi
  • Hidup Mengikut Degupan Jantung
  • Kaedah Menangani Kegagalan
  • Mengembangkan Zon Keselesaan
  • Dan Banyak Lagi

Sebuah buku rujukan motivasi kendiri yang mesti dimiliki oleh mereka yang ingin membina kehidupan hebat yang hakiki dalam merentasi perjalanan hidup sebagai seorang juara. Ia adalah sebuah buku yang sentiasa segar atau ‘evergreen’ sepanjang zaman.

7 reviews for Anda Berhak Hebat

  1. Kapten (B) Sudirman Ahmad , Pakar Motivasi Mantan Pegawai RGK (Komando)

    Dalam buku yang hebat ini, penulis merangsang kita dengan idea yang boleh dipraktikkan. Beliau menggabungkan sains aplikasi motivasi Barat dengan falsafah kehidupan Timur berlandaskan nilai-nilai keagamaan. Buku ini memberi anda sebab untuk berada di alam ini atau 'the reason for being'.

  2. Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsuddin (Pelakon dan Pengarah Filem)

    Kita boleh membuat pilihan untuk menuju kejayaan dengan berpandukan nilai-nilai yang luhur sebagai landasan. Kita akan dibawa oleh pengarang kepada satu pendekatan baharu dan bersedia untuk menghadapi cabaran era globalisasi.

  3. Dipetik dari: http:// www.mohdsuhaimy.com

    Buku inilah yang memberikan saya semangat dan kekuatan untuk berhenti kerja. Setelah saya selesai membaca buku ini, esoknya, saya telah menghantar surat letak jawatan. Buku ini telah menyedarkan saya, bahawa dalam kehidupan ini tiada istilah ‘pilihan terbaik’. Apa yang ada hanyalah, anda pilih dan lakukan pilihan anda itu dengan sebaik mungkin dan jadikan ia sebagai pilihan terbaik anda.

  4. Dipetik dari: http:// paportal.upsi.edu.my/Forum

    Anda Berhak Hebat! amat baik untuk dibaca sebagai suatu input tentang keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri. Setiap perubahan yang kita inginkan mestilah bermula dengan kepercayaan diri yang kuat bahawa perubahan boleh dilakukan. Tidak ada yang mustahil. Terdapat tiga kata kunci utama untuk berubah, iaitu ‘Saya boleh berubah, Saya mesti berubah, Hanya saya yang boleh mengubahkannya.

  5. Ch. Suzana Jaffar (Master Trainer NLP | Professional Coach)

    Buku ini dapat membantu pembaca untuk menempuhi kehidupan yang penuh cabaran dan tanda tanya tanpa ketakutan atau keraguan. Bagi mereka yang ingin merubah cara dan hala tuju diri, buku ini adalah WAJIB untuk dibaca. 100% recommended! Saya sendiri telah menggunakan saranan dan teknik - teknik dalam buku ini yang merubah kehidupan saya.

  6. Hj Fadzilah Ariffin (Pengasas / Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Taaveekun)

    Anda Berhak Hebat! sememangnya sebuah buku yang hebat yang mesti dimiliki dan dibaca oleh setiap orang yang matang. Sebuah buku yang sangat baik. Membacanya seperti ‘seorang doktor’ yang menyedarkan kita tentang kelemahan dan kekuatan dalam diri kita yang kita tidak sedari selama ini. Sewaktu saya membacanya di dalam kapal terbang, seorang penumpang di belakang saya curi-curi membacanya. “Tengok judulnya sahaja sudah menarik” katanya. Sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk menjadi insan yang hebat.

  7. Profesor Dr Zuraeda Ibrahim (Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar UiTM)

    Untuk hebat di sisi manusia dan yang teragung di sisi Pencipta, Al-Quran dan Sunnah adalah rujukan utama. Namun, buku ‘Anda Berhak Hebat!’ adalah karya yang mampu melengkapkan pencarian ilmu dan panduan untuk meneroka keistimewaan diri sendiri. Kaedah dan cadangan yang dikongsikan dapat memacu diri anda untuk bertindak sebaik mungkin agar sentiasa hebat dalam menghadapi cabaran yang merentasi dan zaman. Setiap rumah perlu ada sekurang-kurangnya senaskah rujukan yang amat berharga ini. Hadiahkan kepada orang tersayang supaya mereka berpeluang menikmati kehidupan yang hebat impian setiap insan.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top