Tentang Kami

Kenali Akademi NLP Malaysia.

Tentang Akademi NLP Malaysia

Training • Coaching • Communication

Akademi NLP Malaysia

Lihat Profil Syarikat, Akademi NLP Malaysia

Innovative Thinking for Human Empowerment to
Accelerate Change Transformation (A.C.T)”

Profil Master Trainer

Hj. Md Taib Mat

Hj. Md. Taib Mat adalah seorang Principal Master Trainer / Master Coach dan pakar motivasi dengan Akademi NLP Malaysia Sdn Bhd. Beliau merupakan Pengasas dan CEO Akademi NLP Malaysia (ANLPM). Di samping itu, beliau adalah mantan Presiden Persatuan NLP Coaching Malaysia. Beliau juga merupakan mantan Ahli ‘ISNS Global Leadership Team’ iaitu seorang Muslim dan individu Malaysia pertama dilantik ke situ.
Berikut adalah antara kelayakan dan pengiktirafan yang diperoleh oleh beliau :
Dilahirkan di Bedong Kedah dan mendapat pendidikan awal di sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAR). Mendapat pendidikan MBA (IBEAR – Perancangan Strategik) dari University of Southern California (Los Angeles) (1986), B.ScAgricbusiness Economics dari Southern Illinois University (Carbondale) (1985) dan Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (1976).
Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kerjaya lebih dari 35 tahun dalam pengurusan perladangan, pemasaran kimia pertanian dan pembangunan insan. Ribuan orang dari berbagai lapisan masyarakat telah menyertai program kendalian beliau. Lebih dari seribu orang telah mengambil Pensijilan NLP Asas dengan beliau. Beliau juga telah melatih lebih dari 500 orang Certified NLP Coach untuk KPTM. Terkini beliau telah mentauliahkan hampir empat puluh orang Certified NLP Trainer (ANLPM).
Program motivasi terbesar yang pernah beliau kendalikan dihadiri lebih dari 3,500 orang di Universiti Malaya (2010), 3,000 orang (UiTM) dan 1, 100 orang (UTHM) dan lain-lain. Beliau juga bersiaran di TV dan radio.
Beliau adalah penulis prolifik menghasilkan tiga belas buah buku. Berikut adalah senarai buku-buku yang ditulis oleh beliau :

Profil Master Trainer

Suzana Jaffar

Coach Suzana Jaffar merupakan seorang Profesional Coach dan NLP trainer. Memulakan karier sebagai seorang Profesional Coach pada tahun 2014 sehingga kini dan telah banyak melakukan sesi coaching peribadi dan berpengalaman dalam ‘organisational coaching’ kepada CEO, CAO dan Kumpulan Pengurusan Little Caliph International Sdn Bhd.
 
 
Beliau juga bergiat aktif dalam persatuan-persatuan NGO di Malaysia di mana beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan NLP Coaching Malaysia dan Timbalan Presiden Persatuan Aman Muslim Malaysia (NGO). Beliau merupakan mantan Chief Operating Officer di MTM Consultants dan bekas peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia dan telah menjalankan Amalan Guaman semenjak tahun 1994 sehingga tahun 2007. Meninggalkan profesyen guaman, sekarang merupakan seorang Certilied Meta Coach dan Certied NLP Trainer yang mendapat pentauliahan dari Institut of Neuro Semantic, USA, National Federation Neuro Linguistic Programming, USA dan Akademi NLP Malaysia.
Mempunyai pelbagai kelayakan dan pengiktirafan, beliau merupakan Certified Master Trainer (NFNLP USA), Certified Trainer (ISNS USA), Certified Mela Coach (ISNS USA), Certified NLP For Sale Practitioner (NFNLP USA), Certified NLP New Code Practitioner (NLP Academy USA), Certified NLP Modelling (Dr. Frank Pucelik, USA), Certified Lab Profile Practitioner (SS Canada), Certified Hypnotherapist (IACT, USA), Certified Master Practitioner NLP-NS (ISNS USA), Certified NLP For Teachers (ANLPM), Certified NLP For Student (ANLPM), Certified Developing NLP Strategy Practitioner (NLP NL, AUS), Certified Presence Trance (Dr. Stephen Giligan, IA, USA), Certified Supervision Trance (Dr Stephen Giligan IAP, USA), Certified Master Practitioner (ANLPM).
Memulakan perjalanan sebagai Trainer bertauliah pada Julai, 2012 di bawah bimbingan Tn. Hj. Md Taib pengasas Akademi NLP Malaysia (ANLPM) sehingga ditauliahkan Pensijilan Antarabangsa pada Septernher 2013 di Hong Kong darj pengasas ISNS, USA Dr. Michael Hall dan ditauliahkan sebagai NLP Master Trainer dari NFNLP, USA pada Disember, 2014. Malahan, semenjak tahun 2014 sehingga Ogos 2019, beliau merupakan Co Trainer bersama Tn Hj Md Taib Mat dalam mengendalikan Program Certified NLP Coach, ANLPM yang telah melahirkan lebih dari 700 orang NLP Coach diseluruh Malaysia.
Beliau juga merupakan wanita Melayu pertama bergelar Meta Coach dan Trainer NS Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Institut Neuro Semantic Malaysia pada tahun 2013. Beliau menerima ilmu “NLP for Sale” secara terus dari pengasas National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP), USA, DR. William Horton di Bangkok pada Januari 2013.
Semenjak tahun 2012 telah banyak membantu sebagai fasilitator atau pembantu jurulatih kepada Tn. Hj Md Taib Mat dalarn program-program korporat, pelajar sekolah rendah dan menengah serta universiti. Beliau Juga mempakan co-tainer bersama Tn Hj Md Taib Mat dalam banyak program “public dan in-house” yang dikendalikan oleh Akademii NLP Malaysia. Beljau juga telah rnengendalikan program sehari Mengendali Emosi Diri dengan Teknik NLP untuk setiausaha CIDB, NLP untuk guru-guru Sek Men Sultan Alam Shah, Komunikasi Mantap Dengan NLP untuk AADK, Memaknai Nilai dan Etika untuk Kecemerlangan Diri, KKMM.
Coach Suzana juga merupakan penulis bersama buku koleksi coaching “Merungkai Ikatan Emosi” terbilan MTM Consultants Sdn. Bhd.

Profil Master Trainer

Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad

Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad merupakan seorang Profesor dalam bidang Pemasaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bidang utama penyelidikan beliau adalah Pemasaran Perkhidmatan, Motivasi Pekerja, Pemasaran Sosial dan Kualiti Hidup.
 
 
Beliau telah mengikuti beberapa kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) di bawah anjuran Akademi NLP Malaysia seperti Program Pengamal Asas NLP Bersijil, Program Developing NLP Strategies Practitioner, Program LAB Profile Practitioner, Program Hypnotic Communication Practitioner, Program NLP Coach, Program NLP Framer & Reframer, Program NLP Train the Trainer (Platform Skills), Program Trainer NLP for Student, Program NLP Trainer’s Training, Program NLP META Reflection Practitioner, Program Internship for NLP Trainer, Program NLP Modelling Practitioner, Program Trainer NLP for Students, Program Trainer NLP for Students, Program Trainer NLP for Teacher, Train the Trainer.
Selain itu, beliau turut mengikuti beberapa program NLP di luar negara dan telah diiktiraf sebagai Licensed Master Prcatitioner of Neuro-Linguistic Programming, London, UK oleh The Society of Neuro-Linguistic Programming, New Code NLP Practitioner (Mucia, Spain), Words that Change Minds, Lab Profile, Success Strategies (London, UK), Generative Coaching Certification Programme (London, UK), Systemic Trance (London, UK)
Terkini, beliau telah dilantik sebagai ketua editor bagi Journal of Business and Social Development (JBSD)

Apa yang membezakan NLP kami di ANLPM dengan lain-lain program NLP di Malaysia

Perbezaan utama ialah kami amat komited dan serius kepada program NLP. Kebanyakan penganjur atau fasilitator NLP setakat mengendalikan kursus mereka, dan tamat disitu. Selepas itu terpulanglah kepada peserta mereka untuk melakukan apa yang perlu.
Tidak bagi kami di ANLPM. Sesuai dengan tema dan roh NLP iaitu kecemerlangan melalui pembelajaran dan rasa ingin tahu yang berterusan, kami memberikan khidmat sokongan dan pembelajaran yang berterusan kepada mereka yang benar-benar berminat dan mendalami NLP.
Untuk itu kami mengendalikan program sokongan dan ‘follow-up’ secara berkala. Kami lakukan ini kerana kami amat memahami bahawa dalam masa 6 hari yang padat, pastinya kefahaman dan pencapaian isi kandungan mungkin agak mencabar dan terhad. Ini mungkin diakibatkan oleh kekangan masa dan ‘tekanan’ yang berlaku sepanjang kursus.

Antara klien-klien yang pernah bekerjasama dengan kami

Klien Kami

0 +

Tahun Pengalaman

0 +

dilatih oleh Jurulatih Tersohor Dunia

0

Alumni

0

Buku Terbitan

Scroll to Top