SUZANA JAFFAR

Coach Suzana Jaffar merupakan seorang Profesional Coach dan NLP trainer. Memulakan karier sebagai seorang Profesional Coach pada tahun 2014 sehingga kini dan telah banyak melakukan sesi coaching peribadi dan berpengalaman dalam ‘organisational coaching’ kepada CEO, CAO dan Kumpulan Pengurusan Little Caliph International Sdn Bhd.
Beliau juga bergiat aktif dalam persatuan-persatuan NGO di Malaysia di mana beliau merupakan Timbalan Presiden Persatuan NLP Coaching Malaysia dan Timbalan Presiden Persatuan Aman Muslim Malaysia (NGO). Beliau merupakan mantan Chief Operating Officer di MTM Consultants dan bekas peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaysia dan telah menjalankan Amalan Guaman semenjak tahun 1994 sehingga tahun 2007. Meninggalkan profesyen guaman, sekarang merupakan seorang Certilied Meta Coach dan Certied NLP Trainer yang mendapat pentauliahan dari Institut of Neuro Semantic, USA, National Federation Neuro Linguistic Programming, USA dan Akademi NLP Malaysia.
Mempunyai pelbagai kelayakan dan pengiktirafan, beliau merupakan Certified Master Trainer (NFNLP USA), Certified Trainer (ISNS USA), Certified Mela Coach (ISNS USA), Certified NLP For Sale Practitioner (NFNLP USA), Certified NLP New Code Practitioner (NLP Academy USA), Certified NLP Modelling (Dr. Frank Pucelik, USA), Certified Lab Profile Practitioner (SS Canada), Certified Hypnotherapist (IACT, USA), Certified Master Practitioner NLP-NS (ISNS USA), Certified NLP For Teachers (ANLPM), Certified NLP For Student (ANLPM), Certified Developing NLP Strategy Practitioner (NLP NL, AUS), Certified Presence Trance (Dr. Stephen Giligan, IA, USA), Certified Supervision Trance (Dr Stephen Giligan IAP, USA), Certified Master Practitioner (ANLPM).
Memulakan perjalanan sebagai Trainer bertauliah pada Julai, 2012 di bawah bimbingan Tn. Hj. Md Taib pengasas Akademi NLP Malaysia (ANLPM) sehingga ditauliahkan Pensijilan Antarabangsa pada Septernher 2013 di Hong Kong darj pengasas ISNS, USA Dr. Michael Hall dan ditauliahkan sebagai NLP Master Trainer dari NFNLP, USA pada Disember, 2014. Malahan, semenjak tahun 2014 sehingga Ogos 2019, beliau merupakan Co Trainer bersama Tn Hj Md Taib Mat dalam mengendalikan Program Certified NLP Coach, ANLPM yang telah melahirkan lebih dari 700 orang NLP Coach diseluruh Malaysia.
Beliau juga merupakan wanita Melayu pertama bergelar Meta Coach dan Trainer NS Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Institut Neuro Semantic Malaysia pada tahun 2013. Beliau menerima ilmu “NLP for Sale” secara terus dari pengasas National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP), USA, DR. William Horton di Bangkok pada Januari 2013.
Semenjak tahun 2012 telah banyak membantu sebagai fasilitator atau pembantu jurulatih kepada Tn. Hj Md Taib Mat dalarn program-program korporat, pelajar sekolah rendah dan menengah serta universiti. Beliau Juga mempakan co-tainer bersama Tn Hj Md Taib Mat dalam banyak program “public dan in-house” yang dikendalikan oleh Akademii NLP Malaysia. Beljau juga telah rnengendalikan program sehari Mengendali Emosi Diri dengan Teknik NLP untuk setiausaha CIDB, NLP untuk guru-guru Sek Men Sultan Alam Shah, Komunikasi Mantap Dengan NLP untuk AADK, Memaknai Nilai dan Etika untuk Kecemerlangan Diri, KKMM.
Coach Suzana juga merupakan penulis bersama buku koleksi coaching “Merungkai Ikatan Emosi” terbilan MTM Consultants Sdn. Bhd.

SUZANA JAFFAR

Assoc. Trainer ANLPM

Scroll to Top