Jika anda mencari atau ingin mengenali NLP (Neuro-Linguistic Programming yang semakin dikenali, buku ini adalah pemulanya. Inilah satu satunya buku pengamalan asas NLP yang paling lengkap dan komprehensif dalam Bahasa Melayu. Edisi pertama pada tahun 2009 adalah buku NLP pertama dalam Bahasa Melayu di Malaysia. Sehingga kini tidak ada buku NLP Bahasa Melayu yang setanding dengannya.
Buku edisi kedua ini kandungannya bertambah hampir dua kali ganda dari edisi pertama jika dilihat darilebih 400 lebih bilangan mukasurat. Dianggarkan buku ini mengandungi 40% lebih kandungan dari edisi pertama. Anatara kandungan baru ialah apa yang dikatakan NLP generasi ketiga dan keempat. Ia mengandungi banyak input-inpu baru seperti Meta State, Trans Generative, Timeline Terapi, Hipnoterapi, dan lain-lain.
Input NLP tradisional seperti andaian, tonggak NLP, Meta Modal, Meta Program, Moraliti, sistem reprentasi, model komunikasi, corak corak NLP utama, Timeline masih dikekalkan. Salah satu input paling utama yang tidak pernah terdapat dalam mana mana buku NLP sebelum ini yang didasarkan pada pemikiran barat ialah konsep Iqra’ iaitu bacalah dan penjelasan takungan minda yang berkaitan. Buku ini wajib menjadi bahan rujukan untuk meningkatkan daya fikir pembacanya.