Program Pensijilan ANLPM

Ini adalah program pensijilan NLP yang paling komprehensif di Malaysia. Ia menggabungkan teori NLP yang mendalam dan menunjuk cara corak-corak NLP yang terbukti. Kaedah 'Accelerated Learning Techniques' digunakan sepenuhnya dalam program ini. Ini adalah yang menjelaskan 'Meta Model' dan 'Meta Program dengan mendalam melebihi program NLP lain di Malaysia.

Ini adalah program unik. Unik dalam erti kata ia menunjuk cara bagaimana komunikasi antara manusia sebenarnya berlaku dalam bentuk kerangka dengan kerangka.Tujuan utama program ini adalah untuk membolehkan anda menjadi komunikator yang lebih efektif. Menjadi seorang komunikator yang dapat mengubah persepsi seseorang dengan menggunakan ayat-ayat 'power' pada mereka yang mendengarnya. Ia begitu berkesan untuk memujuk dan mempengaruhi untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Meta Reflection adalah mengenai apabila kita berfikir pada satu tahap atau tingkat, ia akan membawa kita kepada pemikiran ditahap atau tingkat yang lebih atas yang membentuk satu lingkaran minda. Pada setiap peringkat pemikiran kelakuan atau tindakan yang dihasilkan adalah berbeza. Tujuan utama program ini adalah untuk menunjuk cara pembentukan pemikiran refleksi yang membawa kita kepada 'keadaan meta' atau 'meta states'. Memahami 'Meta' membolehkan kita meneroka dengan lebih mendalam kepada aras-aras pemikiran yang dapat mengubah persepsi atau representasi dalaman yang mempengaruhi kelakuan seseorang.
Dalam setiap keputusan yang dibuat semestinya mempunyai punca dan susunan strategi yang dilakukan. Oleh itu, program ini mendedahkan rahsia bagaimana anda dapat membina strategi yang berkesan dalam mengemudi kehidupan anda untuk mencapai matlamat dan impian yang diingini. Strategi NLP adalah satu sekuen representasi minda atau langkah-langkah yang kita gunakan untuk menjana hasil atau pengalaman kita. Sekuen atau aturan tersebut meliputi gambaran bunyi, sensasi tubuh, kata-kata dalaman, bau dan rasa dengan lidah. Secara ringkasnya, ia adalah cara kita mengingat, belajar, membuat keputusan, memotivasikan diri sendiri dan menyelesaikan masalah.
Ini adalah kursus bagaimana melaksanakan modeling atau pencontohan mengenai model kelakuan terpilih. lanya merupakan integrasi dan kombinasi semua modul-modul yang telah dipelajari sebelum ini. Peserta hendaklah mampu menggunakan kemahiran dari modul LAB Profile (Meta-Program), Framing & Reframing (Meta-Model, Sleight of Mouth), Bahasa kabur, hipnosis dan lain-lain. Modul ini hendaklah meniadi modul terakhir untuk "Certified NLP Master Practitioner' setelah peserta telah menyempurnakan kesemua lima modul lain lalam Master Practitioner tersebut. Pengecualian boleh dibuat oleh Master Trainer atas budi bicaranya.
Master Practitioner NLP adalah satu program 'ultimate' NLP yang paling mendalam dan tertinggi. Bagi mereka yang ingin mendalami NLP, program ini merupakan program premier yang komprehensif dan berintensiti tinggi. Pensijilan program adalah gabungan kesemua lima modul yang berasingan. Pra-syarat penyertaan mestilah memiliki pensijilan asas NLP dari ANLPM atau yang setaraf dengannya. Peserta boleh memulakan pada mana-mana modul yang dia ingini sebagai 'titik kemasukan' (entry point) tetapi modul terakhir adalah 'NLP Modeling'.
Program ini adalah satu pra-syarat untuk melayakkan peserta mendapatkan pentauliahan pensijilan 'Certified NLP Trainer'. Dengan menyertai program ini, ia membolehkan peserta memperolehi kemahiran yang mereka perlukan untuk mengendali program NLP Asas.
Kursus ini merupakan 'apex' atau yang paling tertinggi dalam tawaran kursus NLP di ANLPM. Untuk menjadi seorang 'Certified NLP Trainer' (ANLPM) seseorang individu hendaklah memenuhi semua pra-syarat yang ditetapkan ANLPM.
Kursus ini membolehkan mereka yang mengikutinya menjadi pengendali latihan untuk program 'NLP Untuk Pelajar' bagi semua peringkat iaitu sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti.Dengan mengikuti program ini peserta mampu untuk menyampaikan modul-modul tertentu yang telah disediakan oleh ANLPM kepada pelajar.

Kursus 3 hari ini membolehkan peserta memahami dan boleh menyampaikan kaedah dan kandungan modul untuk guru dan pensyarah. Kandungan modul yang lebih mendalam diberikan memandangkan audiens Trainer adalah kalangan profesional yang terlatih dalam bidang pendidikan. 

Certfied NLP Coach adalah satu program coaching bagi mereka yang beminat menjadi seorang profesional coach. Program ini adalah satu 'Bootcamp' Coaching yang paling intensif di Malaysia. la adalah program coaching yang pertama dalam bahasa melayu di Malaysia. Kursus ini merangkumi teori dan amali coaching dan kaedah-kaedah NLP yang mempengaruhi minda dan kelakuan. Kemahiran asas coaching digabungkan dengan kaedah-kaedah NLP (Neuro Linguistic Programming) untuk memastikan setiap coach yang dilahirkan dari program ini benar-benar berwibawa untuk melakukan coaching secara profesional.
Ini adalah program coaching lanjutan atau 'advanced'. Kandungan program berfokus kepada menjelaskan model-model NLP dan model-model coaching yang dapat digunakan untuk melonjakkan lagi keberkesanan sesi coaching tersebut. Ia menekankan kepada 'the finer distinction' atau seni halus yang mendalam dalam mengendalikan sesi coaching. Peserta dapat mengenalpasti 'route' atau peta perjalanan coaching yang dikendalikannya.
Kursus ini ialah untuk membolehkan mereka yang menjadi 'Certified NLP Coach' (ANLPM) atau setaraf dengannya mengembangkan kerjaya mereka kepada coaching pasukan atau berkumpulan (team/group coaching). Program ini membolehkan peserta untuk mengendalikan sesi coaching kepada ahli-ahli pasukan sesebuah organisasi dalam mencapai objektif atau mengatasi isu cabaran mereka.
Ini adalah satu kursus untuk anjuran ANLPM dalam menyediakan Penanda-Aras (Benchmarker) berkaliber tinggi untuk menilai program-program coaching yang menggunakan modul ANLPM. Program ini aakan membolehkan peserta memahami dan melakukan penilaian secara objektif bagi semua kemahiran-kemahiran yang terdapat dalm modul coaching ANLPM.
Kursus ini adalah bagi mereka yang berminat untuk menjadi seorang Trainer Bertauliah untuk program 'Certified NLP Coach'(ANLPM).

Program Pensijilan Antarabangsa

Ini adalah kursus pensijilan pengamalan asas LAB Profile. Terdapat 14  Meta Program yang digunakan dalam LAB Profile. LAB Profile adalah satu kaedah untuk kita memahami cara dan bahasa yang digunakan oleh orang lain dalam kehidupan seharian dan situasi tertentu. Dengan memahami corak komunikasi, kita dapat meramal kelakuannya dan dari situ kita boleh menggunakan kaedah komunikasi ini untuk mengubah atau mempengaruhinya.

Ini adalah kursus sertifikasi sebagai pengamal hipnoterapi bertauliah. Pentauliahan pensijilan adalah dari IACT (International Association of Counselors and Therapist) salah satu organisasi hipnoterapi terbesar di dunia.

Ini adalah kursus sertifikasi psikologi jualan menggunakan teknik-teknik NLP. Kursus ini menunjuk cara aplikasi untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti jualan yang dibuat. Kebanyakan kaedah jualan yang dibuat menggunakan akal logik, rasional serta analitikal yang menjadi halangan tapisan oleh pembeli. Oleh itu, kaedah-kaedah NLP yang digunakan melepasi halangan minda sedar tersebut.

Program Bukan Pensijilan

Ini adalah kursus asas NLP bagi mereka yang mahu mengetahui apa itu NLP. Kursus merangkumi penerangan konsep-konsep NLP bagi memahami apa itu NLP dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Program akan menjelaskan beberapa teknik NLP yang dapat diaplikasikan secara terus bagi mendapatkan apa yang peserta ingini. 

Kursus ini adalah pengenalan mudah kepada asas-asas untuk melakukan coaching yang berkesan. Program pendek ini adalah untuk mereka yang ingin mengetahui kaedah coaching yang betul dan mereka yang kesuntukan masa untuk mengikuti program sertifikasi coaching. Ia mengandungi teori dan demo bagi menjelaskan kaedah coaching dijalankan.

Ini adalah kursus kepada hipnosis dan penggunaanya dalam terapi iaitu hipnoterapi. Kursus ini membolehkan peserta memahami dan menggunakan hipnosis untuk terapi. Kursus menunjuk cara keadaan hipnosis diwujudkan melalui induksi mudah.

Program NLP Untuk Pelajar adalah program satu hari untuk pelajar universiti, kolej, politeknik dan sekolah. Program ini menunjuk cara bagaimana pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya teknik-teknik NLP untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Program secara interaktif menuntut penglibatan yang tinggi supaya pelajar tidak jemu malah memberikan fokus yang jitu kepada program.Aktiviti-aktivit menarik sepanjang program direka khas bagi memastikan pelajar akan memberikan tumpuan yang terus menerus kepada program.

Kursus ini dijalankan secara residensi di resort atau kem latihan yang bersesuaian.  Peserta akan mengikuti program dari awal pagi bermula dengan solat dan kuliah subuh hingga lewat malam. Program mempunyai banyak latihan persendirian, latihan dalam kumpulan di dalam dewan kuliah dan aktiviti fisiologi di luar dewan. Para peserta akan ditunjuk cara kaedah-kaedah NLP yang dapat mereka terus gunakan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Kursus ini adalah stau kursus bersifat 'hands on'. Ia mengandungi banyak latihan amali menggunakan teknik-teknik NLP. Dijalankan mengikut susunan batu-batu ataua 'building block' setiap kaedah NLP yang relevan sebelum diintegrasikan diakhir program. Adalah lebih baik peserta yang ingin menghadiri kursus ini diandaikan sudah memiliki sedikit asas atau keupayaan melakukan pengucapan awam. Ini memudahkan mereka menggilap dan mendalamkan kebolehan pengucapan mereka dengan teknik NLP.

Ini adalah 'high powered' program bagi mereka yang menjadi pemimpin atau berada dalam 'sucession planning' untuk mengambil alih kepimpinan masa hadapan. Kursus empat hari mengenalkan model-model dan kaedah-kaedah utama NLP yang dapat digunakan untuk melestarikan lagi prestasi kepimpinan seorang pemimpin.Ia menuntut pemikiran aras tinggi untuk membolehkan pemimpin organisasi memantapkan keutuhan kepimpinannya.

Program berkonsepkan 4R iaitu 'Refleksi Diri', 'Riadah', 'Recreate' dan 'Rejuvenate'. Bermula dengan muhasabah dan 'Refleksi' diri yang mendalam dalam keadaan berenergi dan keadaan riadah yang santai. Kemudiannya, peserta melakarkan satu bentuk kehidupan yang diingini iaitu 'Recreate'. akhirnya diintegrasikan dalam diri supaya dapat diterapkan dalam minda separa sedar supaya dapat menrejuvensikan ( rejuvenate) diri.

Program Kolaborasi

Ini adalah satu program NLP untuk guru kaunseling. Kandungan program berfokus kepada membantu klien menghadapi permasalahan yang dihadapi melalui beberapa kaedah. Dalam program ini, guru kaunseling juga diberi teknik 'coaching' untuk memandu klien mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai melalui 'timeline' yang dibina sendiri klien.
Pernahkah anda mengalami stress dalam kerja dan kehidupan? Adakahkeadaan negatif ini menjejaskan prestasi kerja atau kehidupan seharian anda? Kursus ini menunjuk cara lima teknik mudahdan berkesan untuk memadam fikiran negatif dan menggantikannya dengan pemikiran dan semangat baru yang positif yang boleh mengujakan diri. Kaedah-kaedah NLP yang terbukti ini dapat anda gunakan serta merta selepas mempelajarinya.
Kursus ini direka khas untuk penjaga/ibu bapa yang mempunyai anak berpenyakit kronik/istimewa. Matlamat program adalah bagi membantu ibu bapa mengenalpasti sumber luaran dan dalaman yang ada dalam menangani cabaran penjagaan anak berpenyakit kronik/istimewa. Di akhir kursus, peserta dapatmengenalpasti strategi dan kaedah berkesan yang akan diguna sebagai keperluan mengurus kehidupan seharian dengan lebih bermakna dan berkesan.
Kursus ini direka untuk pelajar siswazah yang sedang mengikuti pembelajaran sama ada secara kerja kursus atau penyeidikan/tesis. Matlamat program adalah bagi membantu meningkatkan potensi pelajar agar boleh bergraduasi mengikut masa yang ditetapkan. Di akhir kursus, peserta dapat membentuk hasil yang sempurna, mengenalpasti strategi yang boleh digunakan dan aktiviti-aktiviti yang mereka boleh gunakan dengan berkesan untuk membantu mereka untuk 'Graduate on Time'.
Program coaching ini menggabungkan Kod Baharu NLP sebagai model utama dalam coaching. Program ini dirangka untuk melatih pegawai di jabatan penjara sebagai pengamal NLP Kod Baharu dalam menegndalikan program intervensi kepada bandu penyalahgunaan dadah.

Kursus ini melengkapkan para peserta dengan ilmu asas dan teknik-teknik perniagaan yang terbukti berkesan dalam menghasilkan perniagaan yang berjaya. Ini adalah aplikasi kaedah-kaedah NLP yang telah terbukti dan telah digunakan oleh usahawan baru dengan jayanya. Para peserta akan didedahkan dengan aplikasi kaedah NLP dan keusahawanan untuk membentuk matlamat perniagaan, memilih produk atau servis yang sesuai dan merangka pelan strategik yang terperinci untuk memulakan perniagaan dan juga mengembangkan perniagaan.

Kursus ini bermatlamat membantu peserta meningkatkan ketrampilan diri. Kaedah NLP yang mudah untuk menurunkan berat badan ditunjukkan. Kursus ini dijalankan dengan integrasi aplikasi kaedah NLP, panduan pemakanan yang seimbang dan bertenaga. Sesi latihan jasmani yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Bengkel NLP untuk Kaunselor merupakan satu program khas disusun bagi memperkanalkan NLP sebagai salah satu alat atau 'tool' yang boleh diunakan dalam perkhidmatan kaunseling. 

Bengkel Seronoknya Mendidik Anak dengan Kaedah NLP merupakan satu program yang makin mendapat tempat di negara kita, seiring dengan penerimaan masyarakat terhadap ilmu NLP. Bengkel ini bertujuan memperkanalkan alternatif baru mendidik anak tanpa stress dengan kaedah NLP serta memberikan pendedahan mengenai sikap keibubapaan positif dan efektif. Bengkel ini bertujuan membimbing ibu bapa mengenali profil personaliti mereka. Ibu bapa akan mengalami sendiri aspek pembelajaran dan perkongsian dalam keadaan puncak diri yang tinggi.  Program ini juga akan melibatkan demonstrasi dan aplikasi kaedah NLP yang menggunakan minda sedar dan minda separa sedar bagi menghasilkan impak yang hebat dan berkesan. Komunikasi interaktif dua hala sangat diga

Idea kreatif bukanlah untuk orang yang memiliki bakat seni sahaja. Ia boleh dipelajari dan diasah hingga menjadi suatu rekabentuk yang sangat bernilai. Program ini diolah untuk mereka yang inginkan idea yang bernas, kreatif dan kompetitif mengikut keperluan semasa. Peserta akan diterapkan bagaimana ia boleh diperolehi melalui modul NLP.

Pelakon atau penghibur memberi impak yang tinggi di dalam industri seni tanah air. Program dua hari ini merupakan program teknik asas lakonan dan persembahan untuk menjadi penghibur yang hebat. Kandungan program ini berfokus kepada model-model NLP yang dapat digunakan untuk melonjakkan bakat dan keistimewaan persembahan seseorang pelakon dan penghibur semasa melakukan persembahan.

Pelakon atau penghibur yang hebat bukan sahaja memberi impak yang hebat di dalam setiap persembahan, malah mampu mengekalkan momentum dan popularitinya ke tahap maksima dan dalam jangka masa yang panjang. Program tiga hari ini merupakan teknik lanjutan untuk menjadi penghibur terhebat. Program tiga hari ini merupakan program teknik lanjutan untuk menjadi penghibur terhebat. Di akhir program ini peserta diberi peluang mengenalpasti 'route' atau peta perjalanan persembahan hebat yang akan dipersembahkannya.

Scroll to Top