Program Pensijilan ANLPM
Ini adalah program pensijilan NLP yang paling komprehensif di Malaysia. Ia menggabungkan teori NLP yang mendalam dan menunjuk cara corak-corak NLP yang terbukti. Kaedah 'Accelerated Learning Techniques' digunakan sepenuhnya dalam program ini. Ini adalah yang menjelaskan 'Meta Model' dan 'Meta Program dengan mendalam melebihi program NLP lain di Malaysia.
Kursus 3 hari ini membolehkan peserta memahami dan boleh menyampaikan kaedah dan kandungan modul untuk guru dan pensyarah. Kandungan modul yang lebih mendalam diberikan memandangkan audiens Trainer adalah kalangan profesional yang terlatih dalam bidang pendidikan.
Program Pensijilan Antarabangsa
Ini adalah kursus pensijilan pengamalan asas LAB Profile. Terdapat 14 Meta Program yang digunakan dalam LAB Profile. LAB Profile adalah satu kaedah untuk kita memahami cara dan bahasa yang digunakan oleh orang lain dalam kehidupan seharian dan situasi tertentu. Dengan memahami corak komunikasi, kita dapat meramal kelakuannya dan dari situ kita boleh menggunakan kaedah komunikasi ini untuk mengubah atau mempengaruhinya.
Ini adalah kursus sertifikasi sebagai pengamal hipnoterapi bertauliah. Pentauliahan pensijilan adalah dari IACT (International Association of Counselors and Therapist) salah satu organisasi hipnoterapi terbesar di dunia.
Ini adalah kursus sertifikasi psikologi jualan menggunakan teknik-teknik NLP. Kursus ini menunjuk cara aplikasi untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti jualan yang dibuat. Kebanyakan kaedah jualan yang dibuat menggunakan akal logik, rasional serta analitikal yang menjadi halangan tapisan oleh pembeli. Oleh itu, kaedah-kaedah NLP yang digunakan melepasi halangan minda sedar tersebut.
Program Bukan Pensijilan
Ini adalah kursus asas NLP bagi mereka yang mahu mengetahui apa itu NLP. Kursus merangkumi penerangan konsep-konsep NLP bagi memahami apa itu NLP dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Program akan menjelaskan beberapa teknik NLP yang dapat diaplikasikan secara terus bagi mendapatkan apa yang peserta ingini.
Kursus ini adalah pengenalan mudah kepada asas-asas untuk melakukan coaching yang berkesan. Program pendek ini adalah untuk mereka yang ingin mengetahui kaedah coaching yang betul dan mereka yang kesuntukan masa untuk mengikuti program sertifikasi coaching. Ia mengandungi teori dan demo bagi menjelaskan kaedah coaching dijalankan.
Ini adalah kursus kepada hipnosis dan penggunaanya dalam terapi iaitu hipnoterapi. Kursus ini membolehkan peserta memahami dan menggunakan hipnosis untuk terapi. Kursus menunjuk cara keadaan hipnosis diwujudkan melalui induksi mudah.
Program NLP Untuk Pelajar adalah program satu hari untuk pelajar universiti, kolej, politeknik dan sekolah. Program ini menunjuk cara bagaimana pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya teknik-teknik NLP untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Program secara interaktif menuntut penglibatan yang tinggi supaya pelajar tidak jemu malah memberikan fokus yang jitu kepada program.Aktiviti-aktivit menarik sepanjang program direka khas bagi memastikan pelajar akan memberikan tumpuan yang terus menerus kepada program.
Kursus ini dijalankan secara residensi di resort atau kem latihan yang bersesuaian. Peserta akan mengikuti program dari awal pagi bermula dengan solat dan kuliah subuh hingga lewat malam. Program mempunyai banyak latihan persendirian, latihan dalam kumpulan di dalam dewan kuliah dan aktiviti fisiologi di luar dewan. Para peserta akan ditunjuk cara kaedah-kaedah NLP yang dapat mereka terus gunakan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Kursus ini adalah stau kursus bersifat 'hands on'. Ia mengandungi banyak latihan amali menggunakan teknik-teknik NLP. Dijalankan mengikut susunan batu-batu ataua 'building block' setiap kaedah NLP yang relevan sebelum diintegrasikan diakhir program. Adalah lebih baik peserta yang ingin menghadiri kursus ini diandaikan sudah memiliki sedikit asas atau keupayaan melakukan pengucapan awam. Ini memudahkan mereka menggilap dan mendalamkan kebolehan pengucapan mereka dengan teknik NLP.
Ini adalah 'high powered' program bagi mereka yang menjadi pemimpin atau berada dalam 'sucession planning' untuk mengambil alih kepimpinan masa hadapan. Kursus empat hari mengenalkan model-model dan kaedah-kaedah utama NLP yang dapat digunakan untuk melestarikan lagi prestasi kepimpinan seorang pemimpin.Ia menuntut pemikiran aras tinggi untuk membolehkan pemimpin organisasi memantapkan keutuhan kepimpinannya.
Program berkonsepkan 4R iaitu 'Refleksi Diri', 'Riadah', 'Recreate' dan 'Rejuvenate'. Bermula dengan muhasabah dan 'Refleksi' diri yang mendalam dalam keadaan berenergi dan keadaan riadah yang santai. Kemudiannya, peserta melakarkan satu bentuk kehidupan yang diingini iaitu 'Recreate'. akhirnya diintegrasikan dalam diri supaya dapat diterapkan dalam minda separa sedar supaya dapat menrejuvensikan ( rejuvenate) diri.
Program Kolaborasi
Kursus ini melengkapkan para peserta dengan ilmu asas dan teknik-teknik perniagaan yang terbukti berkesan dalam menghasilkan perniagaan yang berjaya. Ini adalah aplikasi kaedah-kaedah NLP yang telah terbukti dan telah digunakan oleh usahawan baru dengan jayanya. Para peserta akan didedahkan dengan aplikasi kaedah NLP dan keusahawanan untuk membentuk matlamat perniagaan, memilih produk atau servis yang sesuai dan merangka pelan strategik yang terperinci untuk memulakan perniagaan dan juga mengembangkan perniagaan.
Kursus ini bermatlamat membantu peserta meningkatkan ketrampilan diri. Kaedah NLP yang mudah untuk menurunkan berat badan ditunjukkan. Kursus ini dijalankan dengan integrasi aplikasi kaedah NLP, panduan pemakanan yang seimbang dan bertenaga. Sesi latihan jasmani yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Bengkel NLP untuk Kaunselor merupakan satu program khas disusun bagi memperkanalkan NLP sebagai salah satu alat atau 'tool' yang boleh diunakan dalam perkhidmatan kaunseling.
Bengkel Seronoknya Mendidik Anak dengan Kaedah NLP merupakan satu program yang makin mendapat tempat di negara kita, seiring dengan penerimaan masyarakat terhadap ilmu NLP. Bengkel ini bertujuan memperkanalkan alternatif baru mendidik anak tanpa stress dengan kaedah NLP serta memberikan pendedahan mengenai sikap keibubapaan positif dan efektif. Bengkel ini bertujuan membimbing ibu bapa mengenali profil personaliti mereka. Ibu bapa akan mengalami sendiri aspek pembelajaran dan perkongsian dalam keadaan puncak diri yang tinggi. Program ini juga akan melibatkan demonstrasi dan aplikasi kaedah NLP yang menggunakan minda sedar dan minda separa sedar bagi menghasilkan impak yang hebat dan berkesan. Komunikasi interaktif dua hala sangat diga
Idea kreatif bukanlah untuk orang yang memiliki bakat seni sahaja. Ia boleh dipelajari dan diasah hingga menjadi suatu rekabentuk yang sangat bernilai. Program ini diolah untuk mereka yang inginkan idea yang bernas, kreatif dan kompetitif mengikut keperluan semasa. Peserta akan diterapkan bagaimana ia boleh diperolehi melalui modul NLP.
Pelakon atau penghibur memberi impak yang tinggi di dalam industri seni tanah air. Program dua hari ini merupakan program teknik asas lakonan dan persembahan untuk menjadi penghibur yang hebat. Kandungan program ini berfokus kepada model-model NLP yang dapat digunakan untuk melonjakkan bakat dan keistimewaan persembahan seseorang pelakon dan penghibur semasa melakukan persembahan.
Pelakon atau penghibur yang hebat bukan sahaja memberi impak yang hebat di dalam setiap persembahan, malah mampu mengekalkan momentum dan popularitinya ke tahap maksima dan dalam jangka masa yang panjang. Program tiga hari ini merupakan teknik lanjutan untuk menjadi penghibur terhebat. Program tiga hari ini merupakan program teknik lanjutan untuk menjadi penghibur terhebat. Di akhir program ini peserta diberi peluang mengenalpasti 'route' atau peta perjalanan persembahan hebat yang akan dipersembahkannya.