PUSAT COACHING ANLPM
Menjana Kecemerlangan Organisasi & Individu
Adakah anda atau organisasi anda menghadapi masa yang mencabar dan bergelut berusaha untuk mengatasinya?
Adakah anda sedang tercari-cari kaedah bagaimana anda boleh melonjakkan lagi pencapaian prestasi organisasi anda dan ataupun ingin’empower’ individu berperanan penting dalam organisasi anda?
COACHING ORGANISASI DAN INDIVIDU
Coaching sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Semakin banyak organisasi menggunakan khidmat coaching untuk meningkatkan prestasi organisasi mereka. Budaya coaching semakin menjadi ‘trend’ sekarang. Mereka menggunakan khidmat coaching untuk menggilap dan mengembang potensi warga kerja secara individu atau pasukan kerja ‘team coaching’ secara berkumpulan.
Ramai individu pula menggunakan khidmat coaching untuk pencapaian peribadi dan kesejahteraan hidup mereka. Mereka menggunakan coaching samada untuk ‘personal empowerment’ atau mengatasi cabaran yang dihadapi.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh Kon And Ferry, sebuah firma perkhidmatan sumber manusia, mereka dapati coaching dapat meningkatkan prestasi hingga 700%!. Selain itu, mereka dapati coaching dapat mengembangkan potensi diri, meningkatkan pencapaian peribadi dan kepuasan diri, membuka kesedaran dan lain-lain.
Definisi COACHING
Tiga (3) definisi coaching berikut menunjukkan betapa pentingnya coaching untuk setiap individu dan organisasi dan bagaimana ia berlaku:
'Menyerlahkan potensi diri untuk memaksimakan pencapaian mereka, Ia untuk membantu mereka untuk belajar dari mengajar mereka'
Sir John Whitmore (2003)'Coaching adalah satu perbualan yang mampunyai tujuan dan juga adalah satu ruang dimana seseorang dapat berfikir sepenuhnya apa yang sedang berlaku dengan diri mereka serta peluang untuk berfikir dengan hebat'
Julie Starr (The Coaching Manual)Perbezaan di antara coaching dan lain-lain metod alam pembangunan sumber manusia.
Rundingan
Rundingan melibatkan memberi nasihat dan menggunakan kepakaran sendiri dalam bidang tertentu untuk memaklumkan kepada pelanggan apa yang perlu dilakukan.
KAUNSELING
Kaunseling lebih menjurus kepada penyelesaian dan resolusi masalah, punca-puncanya, simptom yang terbit dari masalah tersebut. Ia bertujuan membaik-pulih atau remedi kepada isu terbabit.
MENTORING
Mentoring biasanya dilakukan oleh seseorang yang lebih ‘senior’ kepada anak buah tertentu. Biasanya orang yang lebih berpengalaman memberikan maklumat kepada yang lebih muda.
LATIHAN
Latihan merupakan satu proses pembelajaran berasaskan kemahiran. Ia adalah untuk menambah keupayaan: ilmu, kemahiran dan pengalaman yang sedia ada.
PUSAT COACHING AKADEMI NLP MALAYSIA
Pusat Coaching ANLPM dengan tujuan utama untuk memberikan perkhidmatan coaching secara professional kepada organisasi dan individu.
Beberapa jenis coaching yang ditawarkan oleh pusat tersebut adalah seperti berikut:
- Coaching Kepimpinan Utama
- Coaching Bisnes
- Coaching Eksekutif
- Coaching Kehidupan (Life Coaching)
- Coaching Pendidikan
Pusat Coaching ANLPM juga menawarkan perkhidmatan coaching kepada organisasi yang ingin melaksanakan program coaching mereka secara ‘in-house’ dan boleh dilakukan di premis mereka.
Menubuhkan Pusat Coaching ANLPM dengan tujuan utama untuk memberikan perkhidmatan coaching secara professional kepada organisasi dan individu.
Siapa Coach Anda?
Suzana Jaffar
Master Coach
Hj Md Taib Mat
Master Coach
'Proses iteraktif yang membantu individu dan organisasi meningkatkan prestasi dan mencapai hasil luar biasa dengan membina matlamat yang lebih baik, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan bertanggungjawab
International Coaching Federation (ICF)