Certified META Reflection
5 - 7 Oktober 2024, Location: TBA
Deskripsi Kursus
Ini adalah kursus pensijilan oleh Akademi NLP Malaysia(ANLPM). Ia juga merupakan salah satu program laluan untuk melayakkan peserta mendapatkan pensijilan NLP Master Practitioner dari ANLPM. Peserta dikehendaki memahami teori dan melakukan latihan praktikal yang akan dibincangkan dan dinilai untuk memastikan mereka benar-benar faham konsep dan kandungan yang disampaikan.
Meta Reflection adalah mengenai apabila kita berfikir pada satu tahap atau tingkat, ia akan membawa kita kepada pemikiran ditahap atau tingkat yang lebih atas yang membentuk satu lingkaran minda. Pada setiap peringkat pemikiran kelakuan atau tindakan yang dihasilkan adalah berbeza.
Tujuan utama program ini adalah untuk menunjuk cara pembentukan pemikiran refleksi yang membawa kita kepada ‘keadaan meta’ atau ‘meta states’. Memahami ‘Meta’ membolehkan kita meneroka dengan lebih mendalam kepada aras-aras pemikiran yang dapat mengubah persepsi atau representasi dalaman yang mempengaruhi kelakuan seseorang.
Kursus ini disampaikan dalam beberapa cara iaitu teori dalam kelas dan latihan dalam kumpulan. Untuk menghadiri program ini peserta mestilah dahulu telah memiliki Sijil Pengamal Asas NLP.
Topik 'POWERFUL' Menanti Anda
- Apa itu Meta dan Meta Refleksi?
- Peringkat Psikologikal, Pengendalian Diri Asas
- Pernyataan dan Kerangka Keadaan Diri
- Corak Penyataan Meta Diri, Corak Mengubah Kepercayaan
- Corak Pembelajaran Pantas, Corak Zon Kuasa
- Corak Memedang Naga, Corak Genius Diri, Corak Memadam Alasan
- Corak Minda kepada Otot, Corak Penyataan Meta Emosi Negatif
Siapa Patut Hadir
- Pemimpin
- Pengarah
- Pengurus
- Eksekutif
- Usahawan
- Pensyarah
- Guru
- Kaunselor
- Trainer
- Ahli Politik
- Peguam
- Pendakwah Agama
- Pelajar