Certified NLP COACH
16 - 22 November 2024, Location: TBA
Deskripsi Kursus
Certified NLP Coach adalah satu program coaching bagi mereka yang beminat menjadi seorang profesional coach. Program ini adalah satu ‘Bootcamp’ Coaching yang paling intensif di Malaysia. la adalah program coaching yang pertama dalam bahasa melayu di Malaysia.
Ini adalah satu program ‘coaching bootcamp’ secara residensi sepenuhnya yang amat intensif. Peserta disarankan memberikan tumpuan yang sepenuhnya dengan minda yang terbuka. Ia menuntut ketahanan diri yang amat tinggi iaitu kekuatan mental dan fizikal. Program bermula dari awal pagi hingga ke lewat malam selama 6 hari.
NLP adalah satu model mengkaji kecemerlangan manusia terutama sistem pemikiran yang menghasilkan kelakuan atau gelagat individu tersebut. Melalui NLP terutama sistem kederiaan (VAKOG) seorang coach dapat memahami apa yang sedang berlaku didalam minda seseorang.
Kursus ini merangkumi teori dan amali coaching dan kaedah-kaedah NLP yang mempengaruhi minda dan kelakuan. Kemahiran asas coaching digabungkan dengan kaedah-kaedah NLP (Neuro Linguistic Programming) untuk memastikan setiap coach yang dilahirkan dari program ini benar-benar berwibawa untuk melakukan coaching secara profesional.
Untuk memastikan peserta mencapai tahap kemahiran dan kompetensi yang minima, maka sesi profesional penanda aras secara teliti dan ‘rigourous’ merupakan sebahagian integral program dalam menentukan peserta menjadi coach yang mencapai piawaian minima. Program banyak menekankan latihan individu dan kumpulan supaya sesi pembelajaran dapat difahami dengan cepat dan mudah.
Keunikan Program
Certified NLP Coach adalah satu program coaching bagi anda yang berminat dan passion untuk menjadi seorang professional coach. Ia adalah satu-satunya Program Coaching dengan modul intensif dan juga tahap benchmarking antarabangsa yang dijalankan dalam Bahasa Melayu.
Pensijilan Program
Semua peserta yang menghadiri program dan memenuhi semua syarat kelayakan pensijilan akan dianugerahkan pensijilan ‘Certified NLP Coach daripada Akademi NLP Malaysia.
Tanda Aras ‘BENCHMARKING’
Ini adalah satu-satunya program coaching yang menggunakan sistem benchmarking untuk memastikan setiap coach mempunyai kompetensi yang tinggi bagi menjalankan sesi coaching. Tujuh (7) Kemahiran yang ditanda aras oleh benchmarker profesional adalah seperti berikut:
- Mengendalikan Diri
- Membina Rapport dan Sokongan
- Pendengaran Aktif
- Soalan Berkualiti
- Soalan Meta Eksplorasi Minda
- Membina Realiti dan Tugasan Bersama
- Memberi dan Menerima Maklum-balas
Siapa Patut Hadir
- Coach
- Trainer
- Pengarah
- Pengurus
- Eksekutif
- Usahawan
- Pensyarah
- Guru