Certified Developing NLP Strategy

30 November - 2 Disember 2024, Location: TBA

Deskripsi Kursus

Ini adalah kursus pensijilan oleh Akademi NLP Malaysia(ANLPM). Ia juga merupakan salah satu program laluan untuk melayakkan peserta mendapatkan pensijilan NLP Master Practitioner dari ANLPM. Peserta dikehendaki memahami teori dan melakukan latihan praktikal yang akan dibincangkan dan dinilai untuk memastikan mereka benar-benar faham konsep dan kandungan yang disampaikan.
Dalam setiap keputusan yang dibuat semestinya mempunyai punca dan susunan strategi yang dilakukan. Oleh itu, program ini mendedahkan rahsia bagaimana anda dapat membina strategi yang berkesan dalam mengemudi kehidupan anda untuk mencapai matlamat dan impian yang diingini.
Strategi NLP adalah satu sekuen representasi minda atau langkah-langkah yang kita gunakan untuk menjana hasil atau pengalaman kita. Sekuen atau aturan tersebut meliputi gambaran bunyi, sensasi tubuh, kata-kata dalaman, bau dan rasa dengan lidah. Secara ringkasnya, ia adalah cara kita mengingat, belajar, membuat keputusan, memotivasikan diri sendiri dan menyelesaikan masalah.
Strategi adalah penting dan merupakan dasar kepada fikiran anda dalam proses melakukan sesuatu. Ia merangkumi penggunaan semua konsep NLP: VAKOG, Model Komunikasi NLP, Kue Akses Mata, Submodaliti, Meta Program, Meta States dan banyak lagi. 
Kursus ini disampaikan dalam beberapa cara iaitu teori dalam kelas dan latihan dalam kumpulan. Untuk menghadiri program ini peserta mestilah dahulu telah memiliki Sijil Pengamal Asas NLP.

Kandungan Kursus

Siapa Patut Hadir

Sesiapa sahaja yang ingin mencapai matlamat berkomunikasi dengan lebih baik, menyelesai masalah dan mengatasi cabaran.
atau hubungi Tim kami di talian whatsApp +60 12-807 5692 jika anda memerlukan maklumat tambahan

Klien ANLPM

Scroll to Top