PROFESOR TS. DR. NORINSAN KAMIL OTHMAN

PROFESOR TS. DR. NORINSAN KAMIL OTHMAN merupakan seorang Coach, Certified NLP Trainer dan Pengamal NLP. Beliau ialah seorang Profesor Madya, Program Sains Bahan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah di Pusat Kesatria UKM dan juga sebagai Pengetua Kolej Tun Hussien Onn dan Kolej Dato’ Onn, UKM. Dari awal kerjaya beliau sebagai pensyarah, beliau telah menunjukkan minat dalam bidang akademik dan penyelidikan dan ini juga seimbang dengan minat yang mendalam dalam pembangunan pelajar.
Dengan pengalaman beliau yang meluas sebagai pengetua dan minat yang mendalam dalam pembangunan pelajar, bermula tahun 2009 beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Surface Analysis Laboratory, penyelaras latihan industri, penasihat Kelab Sains Bahan di FST, UKM.
Profesor Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman turut memegang Ijazah Sarjana Muda (Sains Bahan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dan memperoleh PhD (Kejuruteraan Sains Hakisan dan Sains Bahan) dari University of New South Wales, Sydney, Australia.
Antara kelayakan dan pengiktirafan yang dimiliki oleh beliau adalah seperti; Certified NLP Trainer (ANLPM, 2017), Lab Profile Practitioner, Success Strategies, Certified Trainer NLP for Students (ANLPM, 2018), Certified NLP Train The Trainer for Teachers and Lecturers (ANLPM, 2018), Basic Practitioner of NLP, (USA, 2016) , Certified NLP Train The Trainer Platform Skills dan Certified Hypnotic Communication Practitioner (ANLPM,2016).

PROFESOR TS. DR. NORINSAN KAMIL OTHMAN

Trainer

Scroll to Top