PROFESOR MADYA DR. HANINA HALIMATUSAADIAH BINTI HAMSAN

PROFESOR MADYA DR. HANINA HALIMATUSAADIAH BINTI HAMSAN bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bidang kepakaran beliau adalah Psikologi dengan bidang tumpuan penyelidikan Psikologi Komuniti terutama komuniti berisiko seperti banduan, Orang Kena Pengawasan, asnaf dan remaja di institut pemulihan. Fokus beliau adalah pembinaan keupayaan dan kesejahteraan komuniti dengan kepercayaan bahawa ‘setiap manusia boleh berubah dan perubahan mesti bermula dari kehendak diri sendiri. Untuk melakukan perubahan, setiap individu mempunyai sumber yang cukup; mereka hanya perlu meneroka dan menggunakannya dengan sebaiknya’.
Beliau juga merupakan Jurulatih Bertauliah NLP di bawah Akademi NLP Malaysia dan merupakan pengasas modul Self-Leadership Coaching untuk kepulihan penagihan dadah. Pada masa ini beliau banyak mengaplikasikan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dalam penyelidikan dan pembelajaran serta khidmat professional beliau bersama komuniti dan industri. Penulisan berkaitan pengalaman menggunakan NLP dalam kerja komuniti kali pertama pernah diterbitkan dalam buku antologi susunan Sri Diah pada tahun 2019, dengan judul ‘Kembara Tidak Pernah Menjulang Benci’.

PROFESOR MADYA DR. HANINA HALIMATUSAADIAH BINTI HAMSAN

Trainer

Scroll to Top