PROFESOR DATUK DR. ROHANA BINTI YUSOF

PROFESOR DATUK DR. ROHANA BINTI YUSOF ialah seorang Coach, Certified NLP Trainer dan Pengamal NLP. Beliau ialah seorang Profesor di Jabatan Perubatan Molekul, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan juga sebagai Timbalan Pengarah semasa penubuhan AKEPT pada tahun 2008. Dari awal kerjaya beliau sebagai pensyarah, beliau telah menunjukkan minat dalam bidang akademik dan penyelidikan dan ini juga diimbangi dengan minat yang mendalam dalam pembangunan pelajar.
Dengan pengalaman beliau yang luas sebagai felo dan pengetua dan minat yang mendalam dalam pembangunan pelajar, pada tahun 2010 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar. Profesor Datuk Rohana menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas.
Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda (Biokimia) dari University of Lancanster, England dan Sijil Perguruan Lepasan Ijazah dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana (Biokimia) dari Universiti Malaya dan PhD dari University of Leeds, England. Datuk Rohana adalah penerima beberapa anugerah kecemerlangan dalam Malaysia dan juga antarabangsa. Beliau juga ialah penerima Fulbright scholar dan Felo Akademi Sains Malaysia.

PROFESOR DATUK DR. ROHANA BINTI YUSOF

Trainer

Scroll to Top