Sebuah buku wajib yang patut dimiliki oleh setiap pelajar IPT. Buku yang amat jarang ditemui untuk pelajar IPT di Malaysia. Buku ini adalah rakan pemdamping bagi pelajar IPT sepanjang pejalanan pengajiannya. Ia adalah sebuah buku coaching kendiri (self-coaching) yang menggerakkan pelajar melakukan apa yang perlu mereka lakukan.
Buku ini sarat dengan kaedah dan tip NLP (Neuro-Linguistic Programming). Ia menunjuk cara bagaimana membina matlamat, motivasi kejayaan, mengendali puncak diri, dan lain-lain. Ia mengandungi beratus soalan coaching, mutiara kata, soalan fokus diri dan lain-lain.Â
Keunikan buku ini adalah sumber maklumat tambahan yang dapat dicapai secara maya. Ia mengandungi video motivasi, template untuk rancang matlamat mantap, artikel panduan study. Buku ini dilengkapkan dengan infografik minda untuk rujukan bab dengan mudah.