MUSLMAH SHAMSUDIN

MUSLMAH SHAMSUDIN berasal dari Batu Pahat, Johor dan beliau berkelulusan Post-Graduate Diploma in Transport daripada University of Wales, College of Cardiff, UK.
Beliau juga seorang Pakar Motivasi Eksekutif, Digital Business Consultant, Pakar Pembinaan dan Rundingan Strategi kepada perusahaan besar di Indonesia. Penglibatan beliau dalam NLP adalah Public Speaking Guru, Storytelling Expert serta NLP Coach yang telah membina ramai pengusaha kaya di Indonesia.
Sepanjang 25 tahun perkhidmatan beliau dengan KTMB, beliau juga telah menerima pelbagai latihan di dalam dan di luar negeri. Beliau kini adalah seorang Certified NLP Trainer (Akademi NLP Malaysia), Associate Certified Meta Coach, dan Certified PSMB Trainer.
Beliau terlibat di dalam program-program latihan anjuran Akademi NLP Malaysia Sdn. Bhd, Universiti Putra Malaysia dan agensi-agensi latihan lain. Beliau juga ialah seorang Professional Benchmarker untuk pensijilan NLP Coach yang dikeluarkan oleh Akademi NLP Malaysia Sdn. Bhd. Di samping itu, beliau juga mengendalikan sesi coaching dan terapi di kalangan rakan sekerja, rakan-rakan dan peserta program. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Resiliensi Komuniti Malaysia dan salah seorang penulis buku ‘INOVASI NLP PELONJAK PRESTASI DIRI’.

MUSLMAH SHAMSUDIN

Trainer

Scroll to Top