MOHD RADZIF BIN ABD. HAMID

MOHD RADZIF BIN ABD. HAMID merupakan graduan Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Teknologi Petronas yang kemudiannya menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Rangkaian Komputer dari Universiti Teknologi Mara. Beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Infrastruktur ICT di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, beliau juga merupakan salah seorang ahli Theory of Inventive Problem Solving atau TRIZ Level 2.
Mula menjinakkan diri dengan Coaching with NLP, beliau meneruskan penerokaan sebagai NLP Practitioner, NLP Master Practitioner dan kini merupakan salah seorang Certified NLP Trainer yang diperakui oleh Akademi NLP Malaysia. Tidak terhenti di situ, beliau juga merupakan pengamal Sistem Jualan Berasaskan Personaliti B. A. N. K. Public Speakers University dan Unleash The Power Within, kelolaan Tony Robbins.
Selain daripada tugasan rasmi sebagai seorang pegawai yang secara langsung membangunkan perkhidmatan infrastruktur ICT universiti, beliau juga memberi input dan terlibat secara aktif dalam pembangunan latihan kakitangan dan pelajar sekolah, kolej komuniti dan universiti.

MOHD RADZIF BIN ABD. HAMID

Trainer

Scroll to Top