MD. TAIB MAT

Hj. Md. Taib Mat adalah seorang Principal Master Trainer/ Master Coach dan pakar motivasi dengan MTM Consultants Sdn. Bhd. Beliau merupakan Pengasas dan CEO Akademi NLP Malaysia (ANLPM). Di samping itu, beliau adalah Presiden Persatuan NLP Coaching Malaysia. Beliau juga merupakan mantan Ahli ‘ISNS Global Leadership Team’ iaitu seorang Muslim dan individu Malaysia pertama dilantik ke situ.
Bukan itu sahaja, bahkan beliau mempunyai pelbagai kelayakan dan pengiktirafan, beliau adalah seorang Registered Trainer PSMB, Certified NLP Gold Master Trainer (NFNLP); Certified Certified NLP Master Trainer (NLP University); Certified Neuro Semantics Trainer (ISNS,USA), Training Specialist (Society of NLP); Certified LAB Profile Master Trainer / Consultant (SS, Canada); Certified Hypnotherapy Master Trainer & Board Certified Hypnotherapist, BCH (IACT,USA); Certified Meta Coach (ISNS,USA); Certified Generative Coach (IAGC), Licensed Sports Performance Coach (Society of NLP), Certified NLP Master Practitioner (NFNLP); Certified NLP New Code Practitioner (NLP Academy, UK). Clean Language / Symbolic Modeling Practitioner, Dynamic Spin Release (California NLP Institute), Executive Business Coach (ICC), ESQ Level 4.
Dilahirkan di Bedong Kedah dan mendapat pendidikan awal di SK Bedong Kedah sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Tuanku Abd. Rahman Ipoh (STAR). Mendapat pendidikan MBA (IBEAR – Perancangan Strategik) dari University of Southern California (Los Angeles) (1986), B.ScAgricbusiness Economics dari Southern Illinois University (Carbondale) (1985) dan Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (1976).
Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kerjaya lebih dari 35 tahun dalam pengurusan perladangan, pemasaran kimia pertanian, pembangunan insan. Memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengurus Ladang di Harrisons Plantations, Eksekutif Pembangunan Perniagaan di Shell Chemicals, Pengarah Urusan Aliran Permata Sdn Bhd (Teknologi Maklumat), dan MTM Consultants Sdn. Bhd (Pembangunan Insan).
Ribuan orang dari berbagai lapisan masyarakat telah menyertai program kendalian beliau. Lebih dari seribu orang telah mengambil Pensijilan NLP Asas dengan beliau. Beliau juga telah melatih lebih dari 500 orang Certified NLP Coach untuk KPTM.
Terkini beliau telah mentauliahkan hampir empat puluh orang Certified NLP Trainer (ANLPM)
Program motivasi terbesar yang pernah beliau kendalikan dihadiri lebih dari 3,500 orang di Universiti Malaya (2010), 3,000 orang (UiTM) dan 1,100 orang (UTHM) dan lain-lain.
Beliau telah menulis lapan buah buku iaitu “Anda Berhak Hebat”; NLP : Rahsia Sains Dan Seni Kejayaan Diri, NLP Untuk Guru , NLP, Naga dan Anda; Destini Di Penghujung Pelangi, Buku Kerja Teknologi Kejayaan Diri, Buku Kerja Anda Berhak Hebat dan Inovasi NLP Pelonjak Prestasi Diri (editor).

MD. TAIB MAT

Gold Master Trainer

Scroll to Top