HAJI MOHD FAIRUS BIN ABD MAJID

HAJI MOHD FAIRUS BIN ABD MAJID merupakan anak kelahiran Tunjang, Jitra, Kedah mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus) UNIMAS (1999) dan Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Islam), UUM (2017). Alumni Global Executive Workshop for Higher Education Management, (Michigan State University, USA). Mempunyai kelayakan dan pengiktirafan sebagai Coach dan Trainer NLP (Akademi NLP Malaysia) dan Hakim Kelas Tertinggi Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM).
Kepakaran beliau adalah dalam bidang Pembangunan Personalia Pelajar, Komunikasi dan Penulisan Kreatif. Berpengalaman sebagai jurulatih dan juri pertandingan pidato, debat dan forum selama lebih 20 tahun pada peringkat negeri, negara dan antarabangsa dalam Bahasa Melayu.
Beliau juga telah mengendalikan pelbagai program latihan dan motivasi untuk lebih 20 ribu orang peserta meliputi pelbagai kumpulan sasaran iaitu dari peringkat remaja, mahasiswa, guru, pensyarah dan kakitangan kerajaan serta korporat.
Pendekatan kursus adalah secara adult learning dan interaktif yang berupa ceramah, demonstrasi, role play dan pembentangan ucapan. Kini, bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan UUM dan Pengetua Inapan Siswa UUM (2012- kini).

HAJI MOHD FAIRUS BIN ABD MAJID

Trainer

Scroll to Top