DR. MOHD SHAARI BIN ABD RAHMAN

DR. MOHD SHAARI BIN ABD RAHMAN (@DrMSAR) berkelulusan PhD (Tasmania, Australia), MSc (Birmingham, UK), BAcct (UUM). Beliau ialah seorang Pensyarah Kanan dan juga merupakan Pengarah, Pusat Keusahawanan dan Kerjaya, Universiti Malaysia Terengganu. Beliau juga ialah seorang Certified NLP Trainer ANLPM, Certified PSMB Trainer (TTT/27379) dan Certified NLP Coach.
Semenjak alam persekolahan hingga kini, Dr. Mohd Shaari begitu berminat dengan kepimpinan, motivasi, pembangunan kerja kumpulan dan pembangunan pelajar secara amnya. Melalui latihan pembangunan kendiri yang dilalui oleh beliau, maka menjadi tanggungjawab beliau untuk berkongsi pengalaman dan menginspirasikan anak-anak muda bagi menjana pemikiran hebat yang menghasilkan tindakan yang HEBAT.
Bermula 2016, modul Anda Berhak HEBAT dikongsi dengan semua pelajar baharu kemasukan ke Universiti Malaysia Terengganu. Sehingga kini, anda Berhak HEBAT telah singgah pada pengetahuan 10,000 pelajar UMT.

DR. MOHD SHAARI BIN ABD RAHMAN

Trainer

Scroll to Top