COACH CR. JASMI BAHRIM

JASMI BIN BAHRIM merupakan seorang Kaunselor Berdaftar juga berpengalaman sebagai guru selama 30 tahun. Kini merupakan penceramah motivasi, kemahiran belajar,meta program dan telah mengendalikan banyak program pelajar, remaja, guru dan ibu bapa.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda (UKM),Sarjana Bimbingan Kaunseling (UKM), Master NLP Practitioner (NFNLP USA), beliau juga penulis Modul Jati diri Pelajar Asrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan Modul NLP untuk pelajar Sekolah Menengah Teknik & Vokasional KPM. Penulis Bersama Tn Hj Md Taib Mat Buku “NLP UNTUK GURU” dan Modul Anda Berhak Hebat (Cetakan yang ke-10) 40,000.
Antara anugerah yang pernah diraih adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(Melintang) pada tahun 1995, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2005 dan 2011, Anugerah Guru Inovatif Daerah Rembau 2012, Anugerah IKON GURU Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2015.Meraih Anugerah Ikon Guru Kaunseling Negeri Sembilan 2015 dan Guru Inovatif Daerah Rembau 2012.

COACH CR. JASMI BAHRIM

Trainer

Scroll to Top