COACH AZRUL HAZERIN

Encik Muhammad Azrul Hazerin bin Abdul Razak adalah seorang Pakar Motivasi dan jurulatih dalam bidang pembangunan modal insan. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang latihan sejak tahun 2000 dan seorang yang berpengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang latihan dengan pelbagai lapisan tahap peserta.
Seorang yang berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (L.L.B Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seterusnya menyambung pengajian dari universiti yang sama di peringkat Sarjana Undang-Undang Perbandingan.
Penglibatan beliau dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP) mendapat pengiktirafan seperti Certified Negotiator (London, UK), Certified Meta-Stated Practitioner (USA), Certified Developing NLP Strategies Practitioner (NLP Australia), Certified NLP Train the Trainers Platform Skills (ANLPM), Certified Hypnotic Communication Practitioner (ANLPM), Certified LAB Profile Practitioner (SS, Canada), Certified NLP Framer & Re-Framer (ANLPM), Certified NLP Master Practitioner (ANLPM), Certified NLP Coaching (ANLPM), Certified NLP Trainer (ANLPM).
Pada bulan April 2011, beliau mendapat pengkreditan sebagai Mediator Bertauliah di bawah Pusat Mediasi Malaysia, Majlis Peguam Malaysia. Di samping itu, beliau bergerak secara aktif dalam menjalankan program Kepimpinan, Motivasi, Pembentukan Pasukan Institusi Pengajian Tinggi Korporat, Awam dan Swasta (IPTA & IPTS), dan sekolah. Dengan pengalaman dan kemahiran yang telah dicapai, beliau yakin bahawa penglibatan peserta di dalam program ini dapat mendorong mereka dan pasukan menuju kejayaan yang cemerlang.
Antara program yang dilaksanakan oleh beliau adalah merangkumi kursus pembangunan kendiri yang berorientasikan hasil hebat di sekolah (pelajar dan guru), universiti (pelajar dan kakitangan) seperti UIAM, UNIKL, POLITEKNIK MARA, agensi kerajaan, syarikat dan badan berkanun seperti KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA, MAYBANK, KOMUNIKASI DIGI, PEJABAT TANAH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan agensi perbadanan yang lain.
Azrul Hazerin

COACH AZRUL HAZERIN

Trainer

Scroll to Top