Certified Hypnotic Communication
3 - 5 Februari 2024, Location: TBA
Certified Hypnotic Communication Practitioner
Deskripsi Kursus
Ini adalah kursus pensijilan oleh Akademi NLP Malaysia(ANLPM). Ia juga merupakan salah satu program laluan untuk melayakkan peserta mendapatkan pensijilan NLP Master Practitioner dari ANLPM. Peserta dikehendaki memahami teori dan melakukan latihan praktikal yang akan dibincangkan dan dinilai untuk memastikan mereka benar-benar faham konsep dan kandungan yang disampaikan.
Ramai orang mengimpikan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan yang dapat mempengaruhi dan memujuk dengan mudah. Ini adalah satu program unik yang akan membolehkan anda memahami struktur dan tatabahasa yang dapat menerobos terus ke dalam minda manusia tanpa halangan.
Ia berdasarkan kepada ayat-ayat dan perkataan yang lebih dikenali sebagai ‘Model Milton’ yang mampu meleraikan permasalahan dalam diri individu. Anda akan berupaya untuk memilih perkataan-perkataan dan membina frasa yang dapat menjadikan audiens anda terpukau dan terpana dengan apa yang anda sampaikan.
Kursus ini disampaikan dalam beberapa cara iaitu teori dalam kelas dan latihan dalam kumpulan. Untuk menghadiri program ini peserta mestilah dahulu telah memiliki Sijil Pengamal Asas NLP.
Topik 'POWERFUL' Menanti Anda
- Komunikasi Hipnotik, Penggunaan Meta Model Hipnotik
- Bahasa Hipnotik, Penceritaan
- Penggunaan Suara, Arahan Terselit, Penandaan Analog
- Menjana Andaian, Lingkaran Bersarang, Perkataan Pintas
- Perkataan 'Power' Mempengaruhi Minda, Corak Kesedaran
- Corak Sebab & Kesan
- Latihan Perkataan Sawai, Corak Bahasa Hipnosis
Siapa Patut Hadir
- Pemimpin
- Pengarah
- Pengurus
- Eksekutif
- Usahawan
- Pensyarah
- Jurujual
- Ejen Insurans
- Guru
- Kaunselor
- Trainer
- Ahli Politik
- Peguam
- Pendakwah Agama
- Pelajar
Sesiapa sahaja yang ingin komunikasinya mampu mempengaruhi dan membuat pendengarnya terpukau mendengar pertuturannya.
Klien ANLPM


















