Ini adalah program intensif bersifat “bootcamp’ selama 6 hari dengan tambahan 14 sesi ZOOM. Program ini adalah salah satu pra-syarat untuk melayakkan peserta mendapatkan pentauliahan pensijilan ‘Certified NLP Trainer’. Dengan menyertai program ini ianya membolehkan peserta memperolehi kemahiran yang mereka perlukan untuk mengendali program NLP Asas. Pra-syarat untuk mengikuti program ini ialah mereka telah memiliki pensijilan ‘Certified Basic NLP Practitioner (ANLPM) dan “Certified Master NLP Practitioner’ (ANLPM) atau setaraf dengannya.
Program menunjuk cara bagaimana mereka akan mengurus latihan sepanjang kursus, menyampaikan kandungan program dengan berkesan, kawalan pentas, mengendali keadaan diri, penggunaan suara dan gerakan semantik dan lain-lain. Program in mempunyai tanda-aras kompetensi yang dinilai oleh Master Trainer antarabangsa dari berbagai institusi NLP yang berlainan. Kehadiran mereka membolehkan peserta mendapat pelbagai input dan perspektif yang berlainan dalam mengendalikan program NLP.