Anda ingin mengambil kakitangan yang dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki. Bagaimanakah anda boleh pastikan calon tersebut sesuai dengan jawatan yang anda tawarkan?
Anda meminta seseorang melakukan sesuatu tugas. Anda menerangkan tatacara melakukannya dengan terperinci tetapi dia melakukannya dengan cara yang tersendiri?
'Team' kerja anda tidak 'perform' seperti yang anda harapkan. Anda dapati banyak konflik yang berlaku di antara ahli pasukan anda. Bagaimanakah anda dapat meleraikan konflik tersebut dan melonjakkan prestasi kerja pasukan anda?
Anda berhadapan dengan pelanggan yang 'tough' dan mencabar. Anda dapati sukar untuk meyakinkannya menerima penjelasan produk anda. Anda menjadi buntu bagaimana untuk mempengaruhinya?
Komunikasi efektif anda bermula dengan anda benar-benar apa yang diperkatakan oleh audiens anda.
Dengan memahami gaya pemikiran audiens anda, maka anda dapat meramal apakah tindakan atau kelakuan mereka.
Setelah anda dapat meramal tindakan mereka, maka anda bolehlah mempengaruhi mereka dengan menggunakan perkataan-perkataan dan ayat-ayat tertentu.
Brosur ini mengandungi penerangan dan info yang lebih terperinci mengenai Program LAB Profile. Direkomendasi bagi yang berminat untuk menyertai program ini.
Membantu anda mengambil warga kerja yang bermotivasi untuk bekerja.
Anda dapat mengesan gaya pemikiran seseorang hanya dengan mendengar pertuturan bahasa lisan yang diucapkannya. Dengan memahami gaya pemikirannya anda dapat meramal tingkahlakunya.
Meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi dalam sebarang rundingan yang anda sertai.
Memudahkan kaunseling kerjaya dan coaching yang profesional.
Meningkatkan mutu keberkesanan kempen pemasaran dan pengiklanan dengan lebih efektif dan terarah.
Meningkatkan ilmu dan estim diri.
Teruja sangat program ini! Kini, saya dapat mengenali khalayak saya. Saya tidak perlu lagi buat ‘judgement’ pada personaliti mereka. Saya dapat faham profil, bahasa, dan Meta Program (gaya pemikiran) mereka. Bila saya faham Meta Program mereka ini, mudah untuk saya merespon mengikut bahasa mereka. Jadi, saya yakin dan percaya banyak ‘benefit’ yang anda akan dapat untuk kehidupan anda, keluarga dan tim anda khususnya.
Dalam organisasi, banyak perkara yang berlaku kerana kita tidak faham orang lain. Dengan LAB Profile ini, mudah untuk kita memahami Meta Program orang lain dan bagaimana kita menggunakan bahasa dan perkataan yang tepat dalam kita melontarkan kata-kata untuk mempengaruhi mereka.
Yang paling penting saya dapat mengenali diri saya dan pasangan saya. Apa bahasa yang digunakan dan Meta program (gaya pemikiran) orang disekeliling saya. Paling penting sekali saya dapat membaca dan memahami bahasa yang digunakan. Dengan mengetahui meta program ini, saya juga dapat membuat ‘team management’ yang terbaik dan menangangi konflik di dalam pasukan. Jadi, kepada ‘leader’ di luar sana, hadirlah LAB Profile untuk meningkatkan skill ‘team management anda.
Apabila kita memahami Meta Program ini, memudahkan saya sebagai seorang pengetua sekolah untuk mengenal pasti karakter guru-guru dan staff saya. Jadi, mudah untuk saya berkomunikasi mengikut meta program mereka. Ikutilah kursus ini, supaya anda lebih faham gaya pemikiran anda dan orang lain. Suasana kerja akan menjadi lebih harmoni dan bermotivasi.