Certified NLP Coach

Print

CERTIFIED NLP COACH KPT Siri-6

Program kali ini bermula pada 14hb Februari 2016, peserta mendaftar masuk ke Pasir Salak Eco Resort dan memulakan kelas pada 15hb Februari 2016 sehingga 20hb Februari 2016. Penyertaan kali ini telah disertai oleh wakil2 universiti, agensi kerajaan dan juga orang awam. Antara universiti terlibat kali ini adalah dari UKM, UMK, UMS, UNIMAP, UNIMAS, UniSZA, UTeM, USM, UTHM, UTM dan UiTM. Manakala Agensi Kerajaan yang terlibat adalah dari TSIS, KETENGAH, YBK dan juga SBPI Gombak. Program kali ini turut diserikan dengan kehadiran 'The Iron Lady' Datuk Wira Dr. Maznah Hamid yang menjadi pemerhati daripada hari ke-3 sehingga tamat program. Manakala Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Idris Jusoh turut hadir pada hari ke-4 untuk beramah mesra dengan peserta program.