Sesi Khidmat Sokongan Percuma untuk Semua Sahabat Alumni NLP

Print

Sebagai peneraju NLP di Malaysia, Akademi NLP Malaysia™,MTM Consultants Sdn Bhd amat prihatin tentang kaedah dan penyampaian serta penggunaan konsep-konsep atau 'tools' (senjata) NLP bagi sahabat Alumni Akademi NLP Malaysia™ (MTM Consultants Sdn Bhd).
Berlandaskan misi Akademi NLP Malaysia™ ,MTM Consultants Sdn Bhd untuk memastikan keberlangsungan penggunaan kaedah-kaedah yang betul dan jelas Akademi menawarkan program 'follow up' percuma secara berkala 2 bulan sekali
Setiap sesi adalah dalam bentuk atau format berikut:
a. Fokus kepada satu perkara atau corak baru
b. Review atau Q&A  / meningkatkan kefahaman perkara terdahulu\
Sesi pertama diadakan Pada 13 Oktober 2012(sabtu),selama 4 jam akan mengupas bagaimana menggunakan Model Milton dan membina skrip hipnosis.
Pemilihan topik yang akan datang, sahabat Alumni boleh emailkan atau faks(0355134461) kepada Fina/Suzana untuk disenaraikan dalam program-program percuma yang akan diadakan seterusnya.
Anda tidak perlu hadir dan anda tidak perlu tahu kerana anda tidak bermasalah dalam mengamalkan dan menyampaikan ilmu NLP yang telah disampaikan oleh Prinsipal kami Tuan Haji Md Taib Mat.