116 orang Pelajar Menyertai Seminar Motivasi Pelajar:Kaedah NLP

Print

7 Jun 2012- Bagi Meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pencerapan maklumat pelajaran,116 orang pelajar dari lebih 50 sekolah telah menyertai Program Seminar Motivasi Pelajar:Kaedah Neuro-Linguistic Programming yang diadakan di Menara Korporat PERSADA PLUS.

Seminar ini dikendalikan oleh penceramah Cikgu Jasmi Bahrim yang dibawakan khas oleh Akademi NLP Malaysia™ untuk membantu dalam membentuk minda generasi muda ini agar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran.