Print

masidarasyed

Masida Binti Rasyed

Masida Rasyed dilahirkan pada tahun 1980 di Kota Belud Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Tempasuk II, Kota Belud dan melanjutkan pelajaran menengah di SMA Kota Kinabalu Sabah. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dan memperoleh B.Sc. Hons Sains Industri (Kimia) pada tahun 2002. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru tuisyen di salah sebuah pusat tuisyen di Kota Belud selama hampir setahun.Beliau juga pernah menjadi Penolong Pengawas Peperiksaan di Universiti Malaysia Sabah pada Feb 2003. Kemudian pada Mei 2003 beliau mula bertugas sebagai kakitangan di salah sebuah jabatan kerajaan yang bertempat di Kota Kinabalu Sabah sehingga kini. Beliau juga pernah menyertai dan bertugas sebagai sukarelawan Jabatan Pertahan Awam (Kota Kinabalu) dari tahun 2005 - 2006.

Beliau ialah seorang Certified Neuro Linguistic Programming Practitioner (NFNLP, USA) dan Certified Language And Behaviour Profile Practitioner (SS, Canada), Certified Neuro Semantic Practitioner (ISNS) dan Certified Meta Coach (ISNS, ACMC). Beliau juga giat memberikan perkhidmatan terapi menggunakan teknik NLP kepada golongan dewasa dan kanak-kanak berusia 9 tahun ke atas sejak 2009. Selain itu, Beliau juga pernah menjadi fasilitator Kursus 'Memprogram Minda Pelajar Cemerlang' di Matu, Sarawak anjuran Safeone Consultancy. Selain itu, beliau juga telah beberapa kali memberikan latihan berkaitan NLP. Antara kursus yang beliau kendalikan ialah 'Mari Belajar Bahasa Hipnotik'.