Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Artikel

DDG Dalam NLP

PDFPrintE-mail

D.D.G (Delete, Distort, Generalise) adalah penapis-penapis utama yang beropreasi dalam minda bagi memperoses semua maklumat yang kita terima melalui 5 pancaindera kita iaitu mata (lihat), telinga (dengar), kulit (sentuh), hidung (bau) dan lidah (rasa).

Kelima-lima pancaindera ini adalah sistem deria atau sensori yang menjadi ‘antenna’ bagi menerima sebarang maklumat dari luar untuk diproses oleh minda. Dalam masa NLP ianya dikenali dengan panggilan VAKOG (Visual, Audotori, Kinestetik, Olfaktori, Gastatori). Maklumat-maklumat luaran yang diterima melalui antenna ini merupakan stimulus-stimulus yang boleh mencetuskan pelbagai reaksi oleh minda.

Kita menerima ribuan maklumat dan stimulus pada setiap saat. Tetapi kenapa pula tidak semua maklumat yang diterima oleh kelima-lima pancaindera ini diterima, diproses dan disimpan didalam bank memori kita? Jawapannya terletak kepada DDG yang menjadi penapis-penapis utama kepada pengurusan sistem maklumat setiap individu.

Read more: DDG Dalam NLP

 

Matlamat Oh Matlamat

PDFPrintE-mail

Hidup kita penuh berkisar dengan matlamat. Tidak kita matlamat besar atau kecil. Kita bergerak dari satu matlamat ke satu matlamat yang lain. Ianya berterusan tanpa putus-putus.
Oleh kerana penjanaan dan pembinaan matlamat itu begitu amat penting kepada kita, persoalannya apakah kita benar-benar tahu membina matlamat yang mantap. Matlamat yang kita bina itu benar-benar dapat diterjemahkan menjadi realiti. Bagi kebanyakan orang ianya merupakan satu cabaran besar. Dan bagi ramai dari mereka membina matlamat adalah secara sambil lewa atau ‘ad-hoc’ sahaja. Apa yang terlintas didalam minda, itulah matlamat baginya.
Kajian saya menunjukkan membina matlamat memerlukan pemikiran yang mendalam. Soalan utama kehidupan setiap insan “Apakah yang saya mahu?" adalah pembina matlamat. Soalan ini adalah asas utama dalam NLP. Apabila kita dapat merencanakan apa yang kita mahu, soalan asas kedua ialah “Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?”. Yang lain-lain kemudiannya hanyalah merupakan satun mekanisme sahaja.
Ramai yang tersasar diperingkat awal membina matlamat. Perkara yang paling utama sewaktu membina matlamat ialah anda mesti nampak anda boleh mencapai matlamat anda dengan jelas. Ini sesuai dengan prinsip kedua yang disarankan oleh Stephen Covey dalam bukunya “7 Habits of Highly Effective People” iaitu “Begin with the end in mind” atau “Bermulalah dalam minda dengan yang akhir”.
Ini bererti anda boleh nampak anda sudah berada digarisan penamat mencapai matlamat anda.
Lalu saya ingin ajukan pertanyaan ini pada anda. Yang mana satukah pilihan anda diantara kedua ayat ini:
  1. Anda percaya apa yang anda nampak.
  2. Anda nampak apa yang anda percaya.

    Read more: Matlamat Oh Matlamat

 

Aplikasi Garis Masa

PDFPrintE-mail

Salah satu kaedah utama NLP ialah "Timeline" atau Garismasa. Ianya dibangunkan oleh Tad James dan Wyatt Woodsmall. Timeline yang banyak berasaskan kepada  "Meta-Program" yang membentuk sahsiah atau 'personaliti' diri seorang individu.

Garismasa mempunyai banyak aplikasi dalam kehidupan seharian. Corak-corak menggunakan submodaliti (atau meta-modaliti bagi penggemar Neuro-Semantics) sangat berkesan untuk meningkatkan keupayaan diri.

Read more: Aplikasi Garis Masa

   

Kerangkaan Semula

PDFPrintE-mail

Seorang rakan jurulatih NLP di KL,  Dr Ian Halsall, berkata kepada saya bahawa salah satu kaedah NLP yang padanya amat berkuasa serta berpengaruh ialah “Kerangkaan atau Merangkakan Semula”. Dalam terminologi NLP ianya dikenali sebagai “Framing” dan “Re-framing”.
Setelah memikir beberapa waktu saya agak bersetuju dengan pendapatnya. Sebagai seorang manusia kehidupan kita sentiasa membuat berbagai kerangka atau ‘frame’ setiap masa. Kerangka ini sentiasa dinamik dan berubah-ubah mengikut apa yang dicetuskan oleh fikiran kita.
Kita didorong kerangka demi kerangka yang bermain didalam minda kita. Kerangka yang dibentuk dan diberi makna kemudiannya memandu perlakuan kita. Ini membuatkan ada pengkaji NLP mengatakan. “manusia itu adalah makhluk yang dipenuhi kerangka”.

Read more: Kerangkaan Semula

 

NLP Bukan Terapi

PDFPrintE-mail

NLP bukan terapi”, itu kata Richard Bandler, pengasas utama NLP.

Ramai orang yang mengganggap NLP itu terapi. Richard Bandler menekankan bahawa NLP adalah satu kaedah ‘modeling’ atau pencontohan mengenai perlakuan manusia yang cemerlang atau terbaik. Ianya satu pengalaman subjektif yang mempunyai struktur tertentu. Jika corak dan strukturnya dapat dicontohi maka hasil yang serupa dapat diperolehi oleh orang lain.

Kaedah terapi atau kaedah-kaedah intervensi seperti menghilangkan fobia, resolusi konflik, mengubah tabiat secara kebetulannya adalah demonstrasi corak-corak struktur tersebut. Ianya sebagai satu model mengenai apa yang dialami. Dengan menggunakan teknik atau strategi tertentu ianya dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

Read more: NLP Bukan Terapi

   

Page 11 of 18