Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Artikel

Teknik NLP Menyelesaikan Kemurungan

PDFPrintE-mail

Baru-baru ini di Seremban kita telah berpeluang melihat penggunaan teknik NLP dalam sesi terapi menyelesaikan masalah kemurungan.

Seorang peserta telah membawa seorang sahabatnya yang mempunyai masalah kemurungan selama berbelas tahun. Dalam penerokaan singkat klien ini telah menceritakan latar belakang masa lalu yang mungkin menjadi punca kepada masalah kemurungannya. Ini menyebabkan dia sukar tidur. Kadangkala pula dia lebih tidur kerana terlalu murung.

Read more: Teknik NLP Menyelesaikan Kemurungan

 

Minda Sedar

PDFPrintE-mail

Minda Sedar yang dikatakan sebanyak 10% dari keseluruhan minda mengawal segala perkara yang dibuat secara sedar. ianya adalah penapis atau "filter" semua pemikiran yang kemudiannya disampaikan kepada Minda Separa Sedar (Tidak Sedar).

Memori yang terdapat dalam Minda Sedar adalah memori jangka pendek. Ianya boleh diumpamakan seperti ROM (Read On Memory) sebuah komputer. Ianya berfungsi apabila kita dalam keadaan jaga atau sedar samalah seperti apabila komputer itu dipetik switch "ON".

Minda sedar terlibat dengan perkara logikal, rasional, analitikal. Kita akan menimbang sesuatu perkara samada ianya dapat diterima akal (logik), munasabah atau tidak iaitu rasional, dan menilai secara terperinci iaitu analitikal.

Minda Sedar juga menguasai daya keinginan atau "willpower" kita. Jika kita benar-benar mahukan sesuatu Minda ini akan memulakannya untuk satu jangkamasa yang pendek sahaja. Penyerasaian atau "conditioning" dilakukan dalam Minda Separa Sedar untuk menjadikan ianya sesuatu yang boleh bertahan lama atau kekal.

Perkara seperti lapar dan marah dikuasai oleh Minda Sedar. Orang yang lapar dan marah amat kerana berada pada tahap pusingan gelombang otak (brain wave) yang tinggi atau pada peringkat Beta (13-20 cps).

 

Mengenai Minda

PDFPrintE-mail

Minda kita adalah satu anugerah terhebat yang tidak ternilai oleh Ilahi. Ianya adalah punca kepada segala pemikiran, segala idea, segala perlakuan dan tindakan yang kita lakukan, yang menjadikan kita seperti kita hari ini. Seorang yang unik dalam erti kata segalanya.

Read more: Mengenai Minda

   

"Apakah Yang Saya Mahu?"

PDFPrintE-mail

Sentiasalah bertanya soalan ini pada diri anda.

"Apakah yang sebenarnya saya mahu?".

Ini adalah paksi pada kehidupan kita. Ianya fokus kepada segala aktiviti kehidupan yang kita lakukan. Ianya adalah penunjuk arah dan pemandu kepada segala impian kita.

Soalan ini saya huraikan dengan panjang lebar dalam bab pertama dalam buku saya "Anda Berhak Hebat". Ianya satu soalan yang hendaknya melekat dibibir kita. Namun ramai yang terlupa lalu kehidupan kita menjadi satu rutin atau kebiasaan yang merugikan.

Jika kita benar-benar menghayati dan menjiwai soalan ini lalu mendapatkan jawapannya pasti kita akan menjalani satu kehidupan yang amat menakjubkan.

 

Hasil "Outcome"- Tonggak Utama NLP

PDFPrintE-mail

Hasil atau "Outcome" adalah salah satu dari tonggak NLP. Dalam apa juga yang kita lakukan, samada berjaya atau tidak, pasti ada hasilnya. Samada hasil yang diperolehi itu baik atau buruk, untung atau rugi, positif atau negatif; ianya adalah hasil dari tindakan yang kita pilih.

Read more: Hasil "Outcome"- Tonggak Utama NLP

   

Page 14 of 18