Text Size
Unable to create /cache/mod_novasfh/sfh_111.xml configuration file.
Click here for more information.
Please update your Flash Player to view content.

Artikel

Meneroka NLP dalam pendidikan

PDFPrintE-mail

MENEROKA NLP DALAM PENDIDIKAN

Oleh : Prof. Madya Angzzas Kassim

 

 

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah kunci kejayaan?

Bagaimana pula keadaannya apabila dalam persekitaran pembelajaran yang sama iaitu guru yang sama, kemudahan fasiliti yang sama dan sebagainya, garapan dan kefahaman ilmu setiap pelajar masih berbeza?

Ada yang amat tampil dengan ilmu di dada, tidak kurang juga yang biasa-biasa sahaja.

Lebih menyedihkan apabila, kegagalan sentiasa menjadi peneman setia.

Pastinya tiada seorangpun yang inginkan kegagalan.

Malah, kehidupan yang baik pada masa hadapan sering dikaitkan dengan kecemerlangan di institusi pengajian.

Adakah benar IQ semata-mata yang terkod dalam DNA keluarga mentakdirkan kemampuan setiap manusia?

Pada hakikatnya, anda semua adalah sempurna!

Kemampuan minda anda sebenarnya melepasi jangkauan pemikiran manusia. Mereka yang telah berjaya mungkin sudah menemui cara untuk mendapat kejayaan itu dengan guna kemampuan minda untuk mencipta nasib mereka.

Walau bagaimanapun, mungkin ada juga sekumpulan manusia yang masih terlena mindanya dan perlukan sedikit rangsangan untuk membangkitkannya semula.

Mungkin inilah rahsianya.

Persoalannya, bagaimana?

Awal tahun 2015 dengan izinNya saya mempelajari ilmu NLP (Neuro-Linguistic Programming); iaitu satu kaedah untuk memodelkan kecemerlangan hasil daripada kajian saintifik beberapa pakar psikoterapi.

Apa yang menarik saya untuk lebih mendalami ilmu ini adalah keberkesanan teknik yang digunakan dalam masa agak singkat.

Tambahan lagi, ia merupakan templat yang fleksibel dan boleh diaplikasikan ke pelbagai bidang, daripada pendidikan, perniagaan, pengurusan organisasi termasuklah kekeluargaan.

Perkara utama yang ditekankan dalam mencapai kecemerlangan adalah ‘kawalan diri’ (state management).

Berjaya atau gagalnya seseorang itu bertitik tolak dengan bagaimana dia kawal emosi yang seterusnya pengaruhi tindakan dan maklum balas (respond) akan dijana.

NLP menunjukkan bahawa emosi boleh dikawal dengan dua perkara, fisiologi dan sistem representasi dalaman (wayang minda).

Dalam Islam misalnya, kita digalakkan untuk duduk sekiranya sedang marah, ambil wuduk dan bernafas dalam-dalam.

Kita jadi lebih tenang. Nah, ini adalah contoh ringkas bagaimana dengan ubah fisiologi dapat mengubah emosi merudum seseorang dengan cepat.

Daripada pengalaman saya sebagai seorang pensyarah, kebanyakan pelajar tidak jelas dengan apa yang mereka mahu. Jawapan seperti, ‘saya tak minat program ini tetapi ibu atau ayah yang suruh buat’, ‘saya ikut sahaja, kawan-kawan yang pilihkan’, ‘saya tak pasti kenapa saya di sini, nak cuba-cuba dulu lah’ dan macam-macam lagi, amat merunsingkan.

Apabila hidup seperti robot dalam mode default, maka pencapaian hidupnya biasa-biasa sahaja.

Sebaliknya, ada juga pelajar yang begitu jelas dengan apa yang diinginkan, seluruh fokus dan tenaganya lebih terarah seperti lampu yang menerangi malam yang gelap.

Justeru, pendidik bukan sahaja perlu pakar dalam kandungan subjek, malah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran.

Teknologi yang diketengahkan dalam NLP merupakan sesuatu yang amat bernilai untuk diterokai.

 

NLP mampu ubah pelajar tercorot

PDFPrintE-mail

NLP MAMPU UBAH PELAJAR TERCOROT

Oleh : Prof. Datuk Ir Dr. Mohd Jailani Mohd Nor


Anda mahu jadi seorang pelajar yang cemerlang? Tetapi anda buntu atau tidak tahucara yang terbaik untuk mencapainya? Adakah anda mahu tahu satu cara atau kaedah yang dapat membantu anda berjayadengan cemerlang atau mengatasi kegagalan yang anda bimbangkan?Kepada ibu bapa atau guru yang ingin perkara sama untuk anak atau pelajar anda, iniadalah peluang keemasan. Jangan lepaskan peluang ini kerana buat pertama kalinya program NLP untuk pelajarakan diadakan di seluruh negara. Saya sendiri akan menjadi salah seorang ‘trainer’ atau ketua fasilitator programtersebut.Jadi apakah NLP sebenarnya? NLP atau Neuro Linguistic Programming merupakansalah satu teknik paling berkesan digunakan untuk mengubah sikap, pemikiran danperlakuan seseorang individu atau kumpulan.

Lonjak prestasi pelajar

Secara peribadi saya sendiri dengan izin ALLAH SWT telah menggunakan salah satuteknik dalam NLP sejak di bangku sekolah lagi sehingga berjaya mentransformasikandiri dari seorang anak kampung yang berada dalam kedudukan 10 peratus tercorotdalam kelas hingga dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan MCE (MalaysianCertificate of Education) pada ketika itu.Ini membolehkan saya dapat tajaan melanjutkan pelajaran keluar negara denganmenggunakan kaedah yang sama.Pastinya pada waktu itu saya tidak tahupun teknik digunakan itu ada sandaransaintifik dalam kaedah NLP disebutkan sebagai WFO (Well-Formed Outcome) ataudalam bahasa Melayunya sebagai Hasil Matlamat yang Sempurna.Ia adalah satu pembentukan penyudah yang hebat. Ada pelbagai teknik dan tip yangakan dikongsi oleh pakar terlatih dan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsadalam program ini nanti.Jika saya boleh melakukannya dengan permulaan yang sangat sederhana, saya sangatyakin dan percaya anda juga boleh melakukannya. Anda boleh!.

Menjadikan Diri Positif

“Ke mana tumpuan diberi, tenaga akan mengalir dan memberikan hasil” (Whereattention goes, energy flows and results show).
Kata-kata hikmah ini merupakan salah satu prinsip dalam pendekatan NLP yangboleh dijadikan sebagai perangsang untuk membentuk jati diri positif dan hebat.Fokus kepada diri positif yang anda inginkan, sentiasa bercakap dengan nada danperkataan yang positif, dan bertindak secara positif.Amalkan perkara ini dan saya yakin anda akan menjadi pelajar hebat. Anda akanmenjadi seorang individu yang cemerlang pada masa akan datang.Ada banyak lagi kata-kata hikmah yang hebat seperti di atas yang menjadi prinsip danandaian NLP.Bayangkan dengan satu teknik ini sahaja pun anda sudah boleh dapat banyak sekalifaedahnya. Jadi saya amat syorkan alangkah baiknya jika anda turut serta dalamprogram ini dan dilatih dengan banyak lagi teknik yang ada dalam pendekatan NLP.

NLP kepada Guru

Program ini bukan sahaja berfaedah kepada pelajar malah juga sangat berguna kepadaguru. Banyak kaedah yang akan dikongsi dan terus boleh memberi impak tinggidalam kelas ketika proses pembelajaran berlaku.

 

SEMINAR NLP PUPUK MINDA KRITIS

PDFPrintE-mail

SEMINAR NLP PUPUK MINDA KRITIS

Oleh : Prof. Madya Dr. Abdullah Sani

 

Setiap ibu bapa dan penjaga tentunya ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Bukan sahaja berjaya tetapi berjaya dengan bergaya dan cemerlang.

Pelbagai usaha dan pengorbanan dilakukan untuk pastikan kejayaan yang mereka dan si anak impikan tercapai.

Antara usaha itu termasuklah sedia segala kelengkapan pembelajaran iaitu pakaian, alat tulis dan makan minum.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa akan pastikan anak tidak tercicir dalam mata pelajaran dengan menghantar mereka ke kelas tambahan atau tuisyen.

Dan akhir sekali usaha diikuti dengan doa dan solat hajat.

Namun begitu, masih ramai pelajar yang tidak berhasil mencapai impian yang dihajatkan. Ramai pelajar yang agak lemah untuk berfikir dan membina matlamat secara kritis.

Mereka tidak dapat membentuk hasil yang mereka ingini daripada pembelajaran mereka.

Di sinilah teknik pembelajaran ‘Neuro-Linguistic Programming’ atau singkatannya NLP dapat mereka gunakan.

NLP membolehkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencerap dan memproses maklumat diterima.

Sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk.

Melalui kemahiran ini, pelajar bebas untuk membanding, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.

Andai kata diberikan suatu soalan maka pelajar boleh member jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut.

Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan pelajar.

Pelajar dapat menjana fikiran kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan empat tonggak NLP iaitu:

  1. i.         'Rapport'
  2. ii.         Ketajaman deria
  3. iii.         Hasil yang sempurna
  4. iv.         Fleksibiliti

'Rapport' yang baik dengan diri sendiri dan orang keliling membolehkan pelajar berinteraksi lebih baik dalam memproses maklumat yang mereka cerap.

Dengan mempunyai ‘rapport’ yang baik mereka berada dalam keadaan perhubungan untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Ketajaman deria adalah prasyarat yang perlu untuk mencerap maklumat. Deria VAKOG (Visual - lihat, Auditory - dengar, Kinestetik - rasa sentuhan, Olfactory - bau, Gustatory - rasa lidah).

Maklumat yang dicerap ini menjadi asas kepada komunikasi dan segala bentuk pemikiran.

Dengan deria lebih tajam dan terbuka mereka akan menjadi lebih sensitif kepada maklumat yang mengalir masuk.

Hasil yang sempurna dapat dibentuk dengan soalan yang ditanya pada diri.

Pelajar yang tahu NLP akan lebih peka kepada soalan berasaskan 5W1H (What, Why, Who, When, Where, How).

Mereka akan lebih berupaya untuk berfikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan soalan yang berdasarkan kepada 5W1H dalam menghasilkan impian yang mereka ingini.

Fleksibiliti merupakan tonggak keempat dalam NLP dan amat berguna untuk mencapai sesuatu daripada hasil pemikiran kritis dan kreatif.

Jika sesuatu tindakan yang mereka lakukan tidak berjaya mendapatkan apa yang mereka ingini, maka mereka boleh berfikir secara kreatif untuk mencuba cara yang lain pula.

Banyak lagi teknik NLP yang boleh pelajar gunakan dalam meningkatkan pembelajaran mereka.

Setelah melalui pelbagai latihan dalam NLP dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya amat yakin teknologi NLP amat penting dan wajib dimiliki setiap pelajar.

Melalui NLP mereka akan dapat belajar dengan baik dan dapat mencapai matlamat yang mereka sasarkan.

Melalui program sehari seminar asas NLP anjuran Akademi NLP Malaysia dan GPSBestari.com saya percaya ia akan menjadi satu permulaan yang baik.

Saya percaya pelajar yang menyertainya akan mendapat manfaat daripada seminar tersebut.

   

KAEDAH NLP TINGKAT PERCAYA DIRI

PDFPrintE-mail

KAEDAH NLP TINGKAT PERCAYA DIRI

oleh Cr. Abdul Aziz Adnan


‘SELF-BELIEF’ atau percaya diri merupakan perkara yang sangat penting dandapat membantu dalam aspek kehidupan khususnya kejayaan dalam pelajaran. Percaya diri yang positif menjadikan pelajar lebih yakin dan mudah berinteraksi dengan orang lain, mengeluarkan idea serta pendapat, bersemangat dalam belajar serta kreatif. Kajian mendapati bahawa mereka yang memiliki percaya diri positif akan lebih berjaya dan yakin dalam pelajaran berbanding dengan pelajar rendah percaya diri. Justeru, adalah penting untuk pelajar dibentuk dan ditanam dalam dirinyadengan percaya diri yang positif. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang mengehadkan atau membatasi percaya diri seseorang.

Secara umumnya NLP mengklasifikasikan tiga jenis percaya diri yangmenghalang seseorang itu untuk cemerlang atau berjaya, iaitu:
1. Percaya bahawa dirinya tidak mempunyai
2. Percaya bahawa kejayaan dirinya hanya bergantung pada nasib
3. Percaya bahawa dirinya tidak berharga

Ketiga-tiga kepercayaan itu pastinya menghalang kepada percaya diri positif.
Jika pelajar mempunyai salah satu daripada kepercayaan tersebut, makasudah pasti sukar untuk ia berjaya.
Untuk mengatasinya, NLP mencadangkan kita melakukan tujuh langkah untuk keluar daripada kepercayaan tersebut, iaitu:

1. Berpegang kepada kepercayaan yang memberi anda kekuatan dansemangat
2. Abaikan kepercayaan yang menyekat tahap keyakinan dan tenaga anda
3. Tahu dan sedar akan batas percaya diri anda
4. Berusaha untuk atasi perkara yang menghalang percaya diri positif
5. Jangan biarkan kepercayaan negatif menguasai diri anda
6. Membongkar tujuan kepercayaan
7. Buktikan kepercayaan salah sebagai salah Kaedah NLP didapati amat berkesan dalam membantu anda menghapuskan “limiting belief” anda.

Anda perlu buktikan bahawa kepercayaan tersebut salah.
Cara untuk lakukannya adalah, apabila anda berfikir bahawa anda tidak bolehmelakukannya maka terus lakukannya atau “Just Do It” sehingga ia tercapai.
Buktikan pada diri anda bahawa kepercayaan tersebut memang salah atautidak betul.
Langkah untuk ubah percaya diri:

1. Gantikan kepercayaan negatif anda dengan yang positif.
2. Analisis matlamat anda dan keadaan yang menghasilkan kepercayaantersebut
3. Periksa apakah ia memberi impak positif atau negatif kepada anda

Sekiranya ia adalah negatif, cuba cara yang paling mungkin anda dapatmenggantikannya dengan yang positif.

Sehubungan itu saya mengesyorkan supaya ibu bapa dan guru memastikananak serta pelajar mengikuti program NLP sehari yang dianjurkan AkademiNLP Malaysia (ANLPM) ini.

Ia merupakan satu peluang keemasan yang sukar didapati.

Saya percaya pelaburan minimum anda akan lebih daripada berbaloi.

 

Buku NLP, Naga dan Anda

PDFPrintE-mail

nlpnaga_dan_anda

Kita semua tidak pernah terlepas dari mengalami tekanan atau Stress. Sama ada stress itu kecil atau besar ianya adalah sebahagian dari realiti kehidupan yang bergerak pantas dan semakin mencabar hari ini.Kebiasaannya stress adalah sesuatu yang dianggap negatif. Ianya membebankan dan menggerunkan.Hakikatnya stress adalah satu pergolakan yang bermain dalam minda. Ianya adalah hasil dari tumpuan fikiran, wayang minda yang kita jana dan perasaan yang memuncak dalam diri. Tayangan gambaran pantas laksana kilat merudum diri dan akibatnya stress menjadikan kelakuan dan keadaan fizikal kita sesuatu yang memudaratkan diri.

Read more: Buku NLP, Naga dan Anda

   

Page 2 of 18