Text Size
Unable to create /cache/mod_novasfh/sfh_111.xml configuration file.
Click here for more information.
Please update your Flash Player to view content.

Artikel

Kehidupan Kita Adalah ..... Mengambil Peluang Sekarang

PDFPrintE-mail

Hari ini hari berpuasa yang ke 18  Ramadhan 1431 bersamaan 28 Ogos 2010 (Sabtu). Dalam refleksi pagi kenangan melayang pada kisah-kisah dikeliling kita. Pada rakan taulan yang ada dan yang sudah pergi meninggalkan kita. Betapa puasa dan raya kali ini begitu berbeza jika kita benar-benar mengamati dan menghayatinya.

Terkenang saya pada sahabat karib sewaktu bersekolah. Allayarham Sdra Azmi meninggal pada pertengahan Ramadhan tahun lepas (1430) setelah beberapa tahun bergelut dengan kanser usus. Teringat betapa tabah beliau mengharungi derita sakit tersebut. Dan sewaktu jasadnya dimandi dan dikapankan dapat saya saksikan ketenangan pada wajahnya. Terkenang saya bagaimana Allayarham begitu mengambil berat kedua orang tuanya. Menemani ibunya menunaikan haji ke Tanah Suci dan tahun berikut menemani bapanya pula. Beliau adalah orang yang mengambil peluang untuk berbakti pada ibu bapanya.

Teringat saya pula pada seorang sahabay karib lain yang baru kehilangan isteri tersayang beberapa bulan dahulu. Isterinya menderita dengan sakit buah pinggang akibat penyakit kencing manis yang teruk. Kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi. Setiap hari Sdra Mansor dengan penuh teliti dan cermat akan merawat isterinya. Beliau akan melakukan kerja-kerja dialisis dirumah dua kali sehari. Merawat luka. Membawa isteri ke hospital, dll. Selama hampir dua tahun beliau melakukannya tanpa jemu hinggalah isterinya menyahut panggilan Ilahi. Bagi saya sdra Mansor adalah seorang lagi yang mengambil peluang dalam kehidupan. Beliau mentakrifkan erti kasih sayang dan cinta dalam makna yang sebenarnya. Apa yang sdra Mansor lakukan tidak banyak dapat dilakukan oleh lelaki lain. Mungkin saya sendiri pun tidak terlarat melakukannya. Tetapi itulah peluang untuk berbakti yang jarang-jarang akan kita perlolehi.

Read more: Kehidupan Kita Adalah ..... Mengambil Peluang Sekarang

 

Selamat Berpuasa

PDFPrintE-mail

Akademi NLP ingin mengucapkan:

"Selamat Berpuasa & Menyambut Ramadhan 1341"

Semoga segala amalan diberkati

 

Seminar 'Personal Mission & Power Question'

PDFPrintE-mail

Seminar bertajuk "Developing Personal Mission Statement & Power Question' adalah seminar motivasi sehari bagi membina jati diri yang unggul beretraskan kepada modul program tersohor Anthony Robbins 'Date With Destiny'.

Seminar ini memfokuskan bagaimana membentuk 'Mission Statetemnt' atau Pernyataan Diri yang dapat melonjakkan diri menjadi lebih berjaya dan dinamik.  Bahagian kedua pula memberikan tiumpuan membina 'Power Question' atau soalan bertenaga yang dapat memandu diri bagi mencapai kejayaan yang diingini.

Seminar ini dikhaskan kepada Certified NLP Practitioner MTM Consultants atau mereka yang telah mengikuti program berasaskan NLP anjuran MTM Consultants. Warga PLUS yang mengikuti program 3S juga layak untutk menyertainya.

Seminar ini adalah percuma**. Peserta hanya perlu membayar RM90.00 untuk bayaran bagi bilik program, kudapan dan makanan serta material yang disediakan.

Memandangkan saiz dewan yang agak terhad, penyertaan dihadkan kepada 50 peserta sahaja berdasarkan 'First Come First Serve' atau siapa dahulu dia dapat.

Tarikh seminar ialah Sabtu 9 Oktober 2011 dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi 03-55134588.

   

NLP Tidak Gagal

PDFPrintE-mail

Kebanyakan NLP Tidak Gagal.....

.

Oleh : Mohd Mustaqiim Asmuji, NLP Practitioner NFNLP-USA

(Konsultan Utama Smart Excel Consultant)

s -e

(Artikel ini adalah daru sudut pandangan dan peta minda penulis - editor laman web akademinlp)


NLP telah lama dipraktikkan di dunia barat dan dunia Islam .Pada zaman Rasulullah, Rasulullah sendiri banyak menggunakan teknik NLP dalam berhubung dengan orang disekeliling. Cuma pada ketika itu, teknik-teknik perhubungan ampuh yang Rasulullah s.a.w gunakan tidak lah dipanggil secara saintifiknya sebagai NLP.Wallahu'alam



" Man, ko belajar NLP untuk apa ye ? Aku pun tak faham lah dengan apa yang ko cakap pasal NLP . Cuma aku nak tanya pada ko, ilmu NLP ini banyak menunjukkan CARA MANUSIA UNTUK KEGAGAGALAN atau KEJAYAAN ? Jika ianya GAGAL, GAGAL yang BAGAIMANA ? Jika ianya BERJAYA, BERJAYA yang BAGAIMANA ye ?" Tanya Din kepada Man. Man adalah salah seorang NLP Practitioner yang seringkali mendengar persoalan "CEPUK EMAS" seperti diatas berkaitan NLP berkesan atau tak ? Boleh guna ke NLP ni ? Gagal atau berjaya ke bila orang gunakan teknologi pantas NLP ini ?......

Man pun memulakan sesi sembang-sembangnya secara santai dengan rakannya itu berkaitan NLP.

Man : Din, aku banyak kali cerita pada ko berkaitan NLP kan? Agak-agaknya ko faham tak apa yang aku cerita berkaitan NLP ?

Din : Entahlah ye. Aku kurang faham apa yang ko cakap pasal NLP. Cuma ada gak aku terfikir nak tanyak pada ko, ilmu NLP ni boleh BANTU ORANG MACAM AKU UNTUK BERJAYA ataupun GAGAL ?

Man : Ok. Aku faham apa yang ko fikirkan berkaitan ilmu NLP ni .

Din : Macamane ko tahu yang aku sedang fikirkan tentang ilmu NLP ni ?

Man : NLPer macam kite ni memang dilatih untuk mengetahui bagaimana cara seseorang itu memikirkan sesuatu perkara yang terpendam dimindanya .

Din : Wah, ini sungguh hebat. Aku tak pernah jumpe lagi ilmu anugerah Tuhan Maha Hebat macam ni ! Boleh baca pemikiran orang !

Man : Maha Suci Allah, yang mengurniakan ilmu ini. Semuanya dari DIA kan . Ianya bukan membaca fikiran orang akan tetapi ianya memberitahu kita bagaimana cara yang terbaik dan berkesan untuk menjalinkan hubungan sesama manusia. Ianya dapat dikatakan sebagai ilmu psikologi ampuh abad kini.

Read more: NLP Tidak Gagal

 

Seminar LOA - Program "SELLOUT"

PDFPrintE-mail

Seminar "Law of Attraction (LOA) & NLP" pada 19 Jun 2010 mendapat sambutan luar jangkaan. Ianya merupakan 'SELLOUT" program.

120 tempat yang disediakan penuh dan beberapa peserta yang datang akhir mengikuti seminar tanpa manual pada peringkat awal.

Satu aspek yang menarik perhatian peserta ialah integrasi prinsip LOA seperti yang diperkatakan dalam banyak buku LOA dan filem 'The Secret' dengan kaedah membina hasil yang diingini dengan sempurnan melalui 7 langkah 'Well-Formed' Outcome. Ini adalah satu aspek Meta Model yang diperkatakan oleh Richard Bandler dan John Grinder sebagai The Structure of Magic.

Seminar LOA dan NLP ini melampaui kaedah LOA yang biasa diperkatakan kerana ia menunjukkan kaedah dan teknik pencapaian matlamat dengan menggunakan corak 'TIMELINE'. Ianya melebihi kaedah Visualisasi yang biasa diperkatakan atau sekadar pemikiran fokus untuk mendapatkan sesuatu. 

Dalam program LOA ini peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah menginvokasikan impian mereka dengan perkataan yang emotif, penglibatan semua deria menggunakan modaliti dan sub-modaliti yang menjadikan movie minda begitu realistik dan powerful. Andaian disini ialah Minda Separa sedar tidak dapat membezakan antara realiti dunia luar dengan peta dalamannya.

Ulasan-ulasan peserta:

"Fantastik!".

"Saya telah memperolehi banyak matlamat  tanpa menyedari ianya adalah LOA. Seminar ini menunjukkan ianya lebih sistematik".

"Saya mendapat perspektif baru bagaimana mencapai apa yang saya mahu".

"Baru saya sedar implikasi perkataan yang saya gunakan menentukan arah fikiran saya dan mempengaruhi prestasi diri saya".

"Samua orang patut menghadiri program LOA dan NLP ini. Ianya diluar jangkaan".

Program akan datang  pada bulan Oktober 2010. Hubungi 03-55134588 (Fakhrul / Sharifah) atau emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk maklumat lanjut.

   

Page 4 of 18