Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Artikel

Corak "Minda Kepada Otot"

PDFPrintE-mail

Corak diatas atau lebih dikenali sebagai ‘Mind to Muscle’ dibangunkan oleh Dr.Michael Hall yang mengasaskan Neuro-Semantics. Corak ini diperkenalkan dalam program “Accessing Personal Genius” dan merupakan program bersijil ISNS(International Society of Neuro Semantics) selama 3 hari.


Tujuan atau penggunaan corak:

Corak ini amat berkuasa (powerful) sekali untuk digunakan dalam membawa satu-satu perkara atau konsep untuk diterapkan ke dalam saraf dan menjadi tindakan secara ‘unconscious”. Walau bagaimanapun hendaklah diingat bahawa corak ini bukanlah satu kaedah untuk mencapai matlamat secara langsung tetapi merupakan dari peringkat konsep kepada tindakan. Setiap matlamat yang kita bina yang bermula dengan idea atau konsep membawa kepada tindakan boleh menggunakan corak ini.


Sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan secara berulang dan menjadi tabiat atau habit jika dikaji sedalamnya mengambil kira corak ini. Pencontohan atau ‘modeling’, corak ini adalah berasaskan kepada tabiat atau ‘habit’ manusia.


Tujuan atau penggunaan corak:

Terdapat 5 tatacara dalam corak ini seperti yang diterangkan dibawah:
1. Idea atau konsep – peringkat ini kita mempunyai idea atau konsep tentang sesuatu.
2. Kepercayaan – diperingkat ini kita mempunyai kepercayaan bahawa idea tadi dapat dilakukan.
3. Keputusan – Ini adalah titik pemutus kata mengenai pilihan yang kita buat.
4. Mengalami – disini kita perkembangkan dengan mengalami atau melalui konsep yang kita bina.
5. Tindakan – peringkat ini kita terjemahkan konsep tadi kepada tindakan.
Tindakan demi tindakan yang kita buat akhirnya membawa kita kepada matlamat yang kita idamkan. Walaupun begitu corak ini bukanlah untuk pencapaian matlamat secara  terus.

Corak ini terdapat dalam program “Accessing Personal Genius” atau “Mengakses Genius Anda” dibawah pensijilan ISNS. Program APG akan diperkenalkan mulai tahun 2012.

Bagi anda yang berminat terutama mereka yang ingin meningkatkan keupayaan dirimereka program ini adalah satu kemestian. Jika anda seorang trainer, kaunselor,pengajar, dan yang terlibat dalam pembangunan keupyaan insan maka program ini dapatmenambahkan ‘toolkit’ yang telah anda miliki.
Sila hubungi Puan Suzana  014-2560473,Sdra Fakhrul 019-2508799 atau Cik Fina 019-2719961 untuk keterangan lanjut.

 

Perkembangan NLP Bahasa Melayu DiMalaysia

PDFPrintE-mail

NLP Bahasa Melayu diMalaysia mula diperkenalkan pada tahun 2007.

Ianya bermula pada bulan Februari 2007 dengan kumpulan pertama seramai 22 orang dengan panduan Trainer Md. taib Mat di Shah Alam.

Kini selepas 4 tahun,  MTM Consultants dan Akademi NLP Malaysia mengendalikan pelbagai kursus berkaitan dengan NLP seperti:

1. Certified Basic NLP Practitioner

2. Certified Basic LAB Profile Practitioner 

3. Certified NLP Master Practitioner

4. Communication for Sales Professional

5. Law of Attraction dan NLP

6. Pengenalan kepada NLP

7. NLP untuk Trainer & kaunselor

Program pensijilan menerima sambutan yang menggalakkan dalam tempoh tersebut. Seramai 241 orang telah berjaya mengikuti 'Certified Basic NLP Practitioner'; 47 orang 'Certified Basic LAP Profile'; dan yang paling terbaru ialah kumpulan pertama yang seramai 21 orang 'Certified Master NLP Practitioner'.

Perkembangan ini amatlah menggalakkan dan besar maknanya kerana NLP adalah sesuatu yang baru dalam Bahasa Melayu. lagipun kursus berprestij dan dianggap teknologi yang paling canggih dan ampuh dalam melakukan perubahan kelakuan manusia ini di'anggap' program yang mahal. Sememangnya jika diamati program berkaitan NLP adlaah program yang termahal didunia.

Menoleh ke belakang kami di Akdemi NLP Malaysia dan MTM Consultants yakin bahawa program NLP di Malaysia akan berkembang dengan lebih pesat dalam masa yang terdekat ini. Program kejurulatihan NLP yang akan diadakan tidak lama lagi pastinya akan menyumbang ke arah perkembangan yang amat diharapkan ini demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Sesungguhnya kami melihat bahawa NLP adalah salah satu cabang ilmu yang wajib diketahui oleh semua masyarakat Melayu kerana ianya merupakan satu alat mengubah manusia dengan cepat, bereklogi dan berethika.

 

Certfied LAB Profile Practitioner

PDFPrintE-mail

Program Certified LAB Profile Practitioner.

Tingkat daya komunikasi anda berlipat ganda dengan LAB Profile. Maklumat program pensijilan kali ke empat seperti berikut:

Tarikh:  14 -16 March 2011

Tempat : Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu Sabah

Untuk pendaftaran dan  maklumat lanjut sila hubungi : 03-55134462 (Fakhrul / Suzana)  atau Masida (016-8496455), Fakhrul ( 019-2508799 ) atau Suzana (014-2650473)

   

Program Communication For Sales Professional

PDFPrintE-mail

Program ini adalah khas untuk mereka yang terlibat dalam 'sales' dan 'marketing'. Jika anda terlibat dalam MLM, hartanah, unit amanah, takaful atau insuran, sebarang bidang jualan maka program ini dikhususkan untuk anda.

Jika anda tidak terlibat dalam bidang jualan pun ini adalah satu program komunikasi berimpak tinggi yang menggabungkan NLP, LAB Profile dan Hipnosis.

Tarikh Program : 8 & 9 Februari 2011

Tempat : Hotel BlueWave Shah Alam

Sila hubungi 03-55134588 atau 03-55134462. Email kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

 

 

Corak Baru - Mengendali Kemarahan

PDFPrintE-mail

Pernahkah anda marah? Pernahkah anda melihat orang marah? Sudah pasti semua orang tahu jawapannya. Apakah yang kita boleh buat untuk mengawal kemarahan atau membantu orang lain mengawal kemarahannya. Itulah yang lebih penting untuk saya perkatakan disini.

Bagi pengamal NLP tentunya anda tahu mengenai 'sub-modaliti' dan artikel ini adalah mengenai menggunakan sub-modaliti untuk mengawal kemarahan.

Tatacara Corak:

1. Cuba fikirkan sesuatu yang membuatkan anda menjadi marah. Apabila anda mengenangkan kembali pengalaman yang membuatkan anda marah anda mungkin dapat bayangkan 'stimulus' atau rangsangan yang membuatkan anda marah.

2. Adakah gambar itu hitam atau putih? Adakah anda melihat perkara tersebut dengan mata anda iaitu mengalaminya (kaitan langsung / associate) ataupun melihat diri anda dalam gambar tersebut (Kaitan tidak langsung / dissociate)?** Adakah gambaran itu dalam 3D atau potret?  Adakah gambar itu jauh atau dekat? Adakah gambar itu dalam bentuk panorama atau berbingkai? Adakah gambaran itu terang atau gelap?

**(Nota: jika anda dapat dissociate atau sisihkan sahaja pun emosinya dapat dikurangkan)

3. Sekarang cuba fikirkan sesuatu pengalaman dimana anda tenang dan relaks. Fikirkan satu rangsangan atau stimulus yang membuatkan anda begitu  tenang dan relaks. Lihat gambar dimana anda tenang dna relaks. Apakah warna yang anda lihat dalam keadaan tersebut? Dekatkan gambar tersebut? Buat sekali lagi submodaliti yang anda lakukan sepeti dalam no. 2 tadi. Tingkatkan submodaliti gambaran tenang tersebut. lakukan kesemua submodaliti sperti dalam no. 2 untuk tenang dan relaks.

4. Apakah yang anda dapati sekarang. Tidakkah anda sekarang berada dalam keadaan 'marah yang tenang' Anda sekarang berada di'higher level' atau peringkat meta yang lebih atas iaitu marah dibawah dan tenang/relaks diatas. Anda dapat rasakan keadaan diri marah yang dikelilingi oleh relaks dan tenang. WOW!.

Apa yang kita lakukan disini ialah kita tidak mengubah apa-apa kandungan memori pun. Kita hanya mengubah respresentasi dalaman (internal representation) menggunakan alat-alat suntingan (editing tools) atau submodaliti. Corak ini sekali lagi mempamirkan betapa hebatnya kuasa submodaliti dalam pembentukan wayang minda kita. Teknik dimana kita membawa kontras kepada imej tersebut dipanggil 'analisa kontras' (contrast analysis) dan proses penukaran submodaliti pula dipanggil 'submodality mapping across' atau pemetaan bersilang submodaliti.

Amaran: Corak ini hanya boleh dilakukan untuk mereka yang telah menjalani program NLP atau lebih baik 'Certified NLP Practitioner' yang memahami kaedah-kaedah atau tool NLP terutama submodaliti.

Berseronoklah.

   

Page 3 of 18