Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Artikel

SEMINAR NLP PUPUK MINDA KRITIS

PDFPrintE-mail

SEMINAR NLP PUPUK MINDA KRITIS

Oleh : Prof. Madya Dr. Abdullah Sani

 

Setiap ibu bapa dan penjaga tentunya ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran.

Bukan sahaja berjaya tetapi berjaya dengan bergaya dan cemerlang.

Pelbagai usaha dan pengorbanan dilakukan untuk pastikan kejayaan yang mereka dan si anak impikan tercapai.

Antara usaha itu termasuklah sedia segala kelengkapan pembelajaran iaitu pakaian, alat tulis dan makan minum.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa akan pastikan anak tidak tercicir dalam mata pelajaran dengan menghantar mereka ke kelas tambahan atau tuisyen.

Dan akhir sekali usaha diikuti dengan doa dan solat hajat.

Namun begitu, masih ramai pelajar yang tidak berhasil mencapai impian yang dihajatkan. Ramai pelajar yang agak lemah untuk berfikir dan membina matlamat secara kritis.

Mereka tidak dapat membentuk hasil yang mereka ingini daripada pembelajaran mereka.

Di sinilah teknik pembelajaran ‘Neuro-Linguistic Programming’ atau singkatannya NLP dapat mereka gunakan.

NLP membolehkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam mencerap dan memproses maklumat diterima.

Sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk.

Melalui kemahiran ini, pelajar bebas untuk membanding, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.

Andai kata diberikan suatu soalan maka pelajar boleh member jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut.

Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta dalam kalangan pelajar.

Pelajar dapat menjana fikiran kritis dan kreatif dengan mengaplikasikan empat tonggak NLP iaitu:

  1. i.         'Rapport'
  2. ii.         Ketajaman deria
  3. iii.         Hasil yang sempurna
  4. iv.         Fleksibiliti

'Rapport' yang baik dengan diri sendiri dan orang keliling membolehkan pelajar berinteraksi lebih baik dalam memproses maklumat yang mereka cerap.

Dengan mempunyai ‘rapport’ yang baik mereka berada dalam keadaan perhubungan untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Ketajaman deria adalah prasyarat yang perlu untuk mencerap maklumat. Deria VAKOG (Visual - lihat, Auditory - dengar, Kinestetik - rasa sentuhan, Olfactory - bau, Gustatory - rasa lidah).

Maklumat yang dicerap ini menjadi asas kepada komunikasi dan segala bentuk pemikiran.

Dengan deria lebih tajam dan terbuka mereka akan menjadi lebih sensitif kepada maklumat yang mengalir masuk.

Hasil yang sempurna dapat dibentuk dengan soalan yang ditanya pada diri.

Pelajar yang tahu NLP akan lebih peka kepada soalan berasaskan 5W1H (What, Why, Who, When, Where, How).

Mereka akan lebih berupaya untuk berfikiran kreatif dan kritis dengan menggunakan soalan yang berdasarkan kepada 5W1H dalam menghasilkan impian yang mereka ingini.

Fleksibiliti merupakan tonggak keempat dalam NLP dan amat berguna untuk mencapai sesuatu daripada hasil pemikiran kritis dan kreatif.

Jika sesuatu tindakan yang mereka lakukan tidak berjaya mendapatkan apa yang mereka ingini, maka mereka boleh berfikir secara kreatif untuk mencuba cara yang lain pula.

Banyak lagi teknik NLP yang boleh pelajar gunakan dalam meningkatkan pembelajaran mereka.

Setelah melalui pelbagai latihan dalam NLP dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya amat yakin teknologi NLP amat penting dan wajib dimiliki setiap pelajar.

Melalui NLP mereka akan dapat belajar dengan baik dan dapat mencapai matlamat yang mereka sasarkan.

Melalui program sehari seminar asas NLP anjuran Akademi NLP Malaysia dan GPSBestari.com saya percaya ia akan menjadi satu permulaan yang baik.

Saya percaya pelajar yang menyertainya akan mendapat manfaat daripada seminar tersebut.

 

KAEDAH NLP TINGKAT PERCAYA DIRI

PDFPrintE-mail

KAEDAH NLP TINGKAT PERCAYA DIRI

oleh Cr. Abdul Aziz Adnan


‘SELF-BELIEF’ atau percaya diri merupakan perkara yang sangat penting dandapat membantu dalam aspek kehidupan khususnya kejayaan dalam pelajaran. Percaya diri yang positif menjadikan pelajar lebih yakin dan mudah berinteraksi dengan orang lain, mengeluarkan idea serta pendapat, bersemangat dalam belajar serta kreatif. Kajian mendapati bahawa mereka yang memiliki percaya diri positif akan lebih berjaya dan yakin dalam pelajaran berbanding dengan pelajar rendah percaya diri. Justeru, adalah penting untuk pelajar dibentuk dan ditanam dalam dirinyadengan percaya diri yang positif. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang mengehadkan atau membatasi percaya diri seseorang.

Secara umumnya NLP mengklasifikasikan tiga jenis percaya diri yangmenghalang seseorang itu untuk cemerlang atau berjaya, iaitu:
1. Percaya bahawa dirinya tidak mempunyai
2. Percaya bahawa kejayaan dirinya hanya bergantung pada nasib
3. Percaya bahawa dirinya tidak berharga

Ketiga-tiga kepercayaan itu pastinya menghalang kepada percaya diri positif.
Jika pelajar mempunyai salah satu daripada kepercayaan tersebut, makasudah pasti sukar untuk ia berjaya.
Untuk mengatasinya, NLP mencadangkan kita melakukan tujuh langkah untuk keluar daripada kepercayaan tersebut, iaitu:

1. Berpegang kepada kepercayaan yang memberi anda kekuatan dansemangat
2. Abaikan kepercayaan yang menyekat tahap keyakinan dan tenaga anda
3. Tahu dan sedar akan batas percaya diri anda
4. Berusaha untuk atasi perkara yang menghalang percaya diri positif
5. Jangan biarkan kepercayaan negatif menguasai diri anda
6. Membongkar tujuan kepercayaan
7. Buktikan kepercayaan salah sebagai salah Kaedah NLP didapati amat berkesan dalam membantu anda menghapuskan “limiting belief” anda.

Anda perlu buktikan bahawa kepercayaan tersebut salah.
Cara untuk lakukannya adalah, apabila anda berfikir bahawa anda tidak bolehmelakukannya maka terus lakukannya atau “Just Do It” sehingga ia tercapai.
Buktikan pada diri anda bahawa kepercayaan tersebut memang salah atautidak betul.
Langkah untuk ubah percaya diri:

1. Gantikan kepercayaan negatif anda dengan yang positif.
2. Analisis matlamat anda dan keadaan yang menghasilkan kepercayaantersebut
3. Periksa apakah ia memberi impak positif atau negatif kepada anda

Sekiranya ia adalah negatif, cuba cara yang paling mungkin anda dapatmenggantikannya dengan yang positif.

Sehubungan itu saya mengesyorkan supaya ibu bapa dan guru memastikananak serta pelajar mengikuti program NLP sehari yang dianjurkan AkademiNLP Malaysia (ANLPM) ini.

Ia merupakan satu peluang keemasan yang sukar didapati.

Saya percaya pelaburan minimum anda akan lebih daripada berbaloi.

 

Buku NLP, Naga dan Anda

PDFPrintE-mail

nlpnaga_dan_anda

Kita semua tidak pernah terlepas dari mengalami tekanan atau Stress. Sama ada stress itu kecil atau besar ianya adalah sebahagian dari realiti kehidupan yang bergerak pantas dan semakin mencabar hari ini.Kebiasaannya stress adalah sesuatu yang dianggap negatif. Ianya membebankan dan menggerunkan.Hakikatnya stress adalah satu pergolakan yang bermain dalam minda. Ianya adalah hasil dari tumpuan fikiran, wayang minda yang kita jana dan perasaan yang memuncak dalam diri. Tayangan gambaran pantas laksana kilat merudum diri dan akibatnya stress menjadikan kelakuan dan keadaan fizikal kita sesuatu yang memudaratkan diri.

Read more: Buku NLP, Naga dan Anda

   

Corak "Minda Kepada Otot"

PDFPrintE-mail

Corak diatas atau lebih dikenali sebagai Mind to Muscle dibangunkan oleh Dr.Michael Hall yang mengasaskan Neuro-Semantics. Corak ini diperkenalkan dalam program Accessing Personal Genius dan merupakan program bersijil ISNS(International Society of Neuro Semantics) selama 3 hari.


Tujuan atau penggunaan corak:

Corak ini amat berkuasa (powerful) sekali untuk digunakan dalam membawa satu-satu perkara atau konsep untuk diterapkan ke dalam saraf dan menjadi tindakan secara unconscious. Walau bagaimanapun hendaklah diingat bahawa corak ini bukanlah satu kaedah untuk mencapai matlamat secara langsung tetapi merupakan dari peringkat konsep kepada tindakan. Setiap matlamat yang kita bina yang bermula dengan idea atau konsep membawa kepada tindakan boleh menggunakan corak ini.


Sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan secara berulang dan menjadi tabiat atau habit jika dikaji sedalamnya mengambil kira corak ini. Pencontohan atau modeling, corak ini adalah berasaskan kepada tabiat atau habit manusia.


Tujuan atau penggunaan corak:

Terdapat 5 tatacara dalam corak ini seperti yang diterangkan dibawah:
1. Idea atau konsep peringkat ini kita mempunyai idea atau konsep tentang sesuatu.
2. Kepercayaan diperingkat ini kita mempunyai kepercayaan bahawa idea tadi dapat dilakukan.
3. Keputusan Ini adalah titik pemutus kata mengenai pilihan yang kita buat.
4. Mengalami disini kita perkembangkan dengan mengalami atau melalui konsep yang kita bina.
5. Tindakan peringkat ini kita terjemahkan konsep tadi kepada tindakan.
Tindakan demi tindakan yang kita buat akhirnya membawa kita kepada matlamat yang kita idamkan. Walaupun begitu corak ini bukanlah untuk pencapaian matlamat secara  terus.

Corak ini terdapat dalam program Accessing Personal Genius atau Mengakses Genius Anda dibawah pensijilan ISNS. Program APG akan diperkenalkan mulai tahun 2012.

Bagi anda yang berminat terutama mereka yang ingin meningkatkan keupayaan dirimereka program ini adalah satu kemestian. Jika anda seorang trainer, kaunselor,pengajar, dan yang terlibat dalam pembangunan keupyaan insan maka program ini dapatmenambahkan toolkit yang telah anda miliki.
Sila hubungi Puan Suzana  014-2560473,Sdra Fakhrul 019-2508799 atau Cik Fina 019-2719961 untuk keterangan lanjut.

 

Perkembangan NLP Bahasa Melayu DiMalaysia

PDFPrintE-mail

NLP Bahasa Melayu diMalaysia mula diperkenalkan pada tahun 2007.

Ianya bermula pada bulan Februari 2007 dengan kumpulan pertama seramai 22 orang dengan panduan Trainer Md. taib Mat di Shah Alam.

Kini selepas 4 tahun,  MTM Consultants dan Akademi NLP Malaysia mengendalikan pelbagai kursus berkaitan dengan NLP seperti:

1. Certified Basic NLP Practitioner

2. Certified Basic LAB Profile Practitioner 

3. Certified NLP Master Practitioner

4. Communication for Sales Professional

5. Law of Attraction dan NLP

6. Pengenalan kepada NLP

7. NLP untuk Trainer & kaunselor

Program pensijilan menerima sambutan yang menggalakkan dalam tempoh tersebut. Seramai 241 orang telah berjaya mengikuti 'Certified Basic NLP Practitioner'; 47 orang 'Certified Basic LAP Profile'; dan yang paling terbaru ialah kumpulan pertama yang seramai 21 orang 'Certified Master NLP Practitioner'.

Perkembangan ini amatlah menggalakkan dan besar maknanya kerana NLP adalah sesuatu yang baru dalam Bahasa Melayu. lagipun kursus berprestij dan dianggap teknologi yang paling canggih dan ampuh dalam melakukan perubahan kelakuan manusia ini di'anggap' program yang mahal. Sememangnya jika diamati program berkaitan NLP adlaah program yang termahal didunia.

Menoleh ke belakang kami di Akdemi NLP Malaysia dan MTM Consultants yakin bahawa program NLP di Malaysia akan berkembang dengan lebih pesat dalam masa yang terdekat ini. Program kejurulatihan NLP yang akan diadakan tidak lama lagi pastinya akan menyumbang ke arah perkembangan yang amat diharapkan ini demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Sesungguhnya kami melihat bahawa NLP adalah salah satu cabang ilmu yang wajib diketahui oleh semua masyarakat Melayu kerana ianya merupakan satu alat mengubah manusia dengan cepat, bereklogi dan berethika.

   

Page 1 of 16