16 Jun 2012-150 orang guru telah berkongsi mengenai penggunaan Neuro Linguistik Programming(NLP) dalam Pengajaran & Pelajaran(P&P) dalam program LADAP mereka yang diadakan di Shah Alam. Tuan Haji Md Taib Mat selaku Prinsipal Akademi NLP Malaysia telah berkongsi efektifnya penggunaan NLP dalam mengendalikan diri guru dan pelajar supaya proses P&P dapat berjalan dengan lancar,kandungan modul dipetik dari kandungan buku "NLP UNTUK GURU" yang semakin mendapat sambutan hangat dikalangan pendidik.
7 Jun 2012- Bagi Meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pencerapan maklumat pelajaran,116 orang pelajar dari lebih 50 sekolah telah menyertai Program Seminar Motivasi Pelajar:Kaedah Neuro-Linguistic Programming yang diadakan di Menara Korporat PERSADA PLUS.
Seminar ini dikendalikan oleh penceramah Cikgu Jasmi Bahrim yang dibawakan khas oleh Akademi NLP Malaysia™ untuk membantu dalam membentuk minda generasi muda ini agar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran.
Satu preview diatas dan LADAP untuk guru-guru sebuah sekolah diShah Alam akan diadakan pada 16hb Jun 2012. Ianya akan dikendalikan oleh Tuan Hj Md. Taib Mat.
Program 6+2 hari kali yang ke 27 akan bermula pada 18hb - 23hb Jun 2012 (6 hari) dan diikuti dengan program 2 hari yang akan ditetapkan tarikhnya selepas Hari Raya Puasa.
Sambutan amat menggalakkan dengan bilangan yang berminat melebihi 30 tempat dan akan diberikan kepada mereka yang membuat pengesahan awal.
Sila hubungi Puan Suzana dan / Fina 03-55134462 untuk mendaftar
Page 12 of 12