Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Arkib Berita

Preview 'Pengenalan Kepada NLP' Secara Percuma

PDFPrintE-mail

Program Preview kepada NLP akan diadakan di Akademi NLP Malaysia bagi memberi pengenalan kepada peserta yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai penggunaan NLP dan Model-model kecemerlangan:

Tarikh: 18hb September 2012

Waktu : 10 Pagi - 12 Tengahari

Yuran Kursus : Percuma (terhad kepada 50 orang sahaja)

Tempat : MTM Learning Centre, No 2 Aras 4, Pusat Dagangan UMNO Shah Alam, Persiaran Damai Seksyen 11, 40000 Shah Alam.

Tempat adalah sangat terhad. bagi yang berminat untuk mengikuti program ini sila hubungi 03-5513 4588 / 03-5513 4462 atau anda boleh faxkan maklumat diri anda di 03-5513 4462 atau emailkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Siapa kata anak-anak gerik tak boleh?

PDFPrintE-mail

18 Julai 2012-Seramai 200 pelajar daripada beberapa sekolah sekitar Gerik,Perak telah mengikuti Seminar kecemerlangan diri yang diadakan di Sekolah Kebangsaan RKT Bersia,Felda Bersia Gerik Perak Darul Ridzuan. Pembabitan mereka amat mengujakan,syabas kami ucapkan atas usahasama yang diberikan oleh pihak sekolah.Program ini merupakan anjuran bersama antara Akademi NLP Malaysia TM dengan Puteri UMNO Bahagian Gerik.Semoga kita akan bekerjasama lagi untuk program-program seterusya khasnya program-program yang mampu meningkatkan corak pembelajaran pelajar-pelajar ini.

gerik1

   

500 pelajar mengikuti program Menjana Potensi Minda dengan NLP

PDFPrintE-mail

27 Jun 2012- Hampir 500 orang pelajar SK Subang Bestari telah mengikuti program Teknologi Kejayaan Diri: Menjana Potensi Minda Dengan Neuro Linguistik Programming(NLP),Program ini diadakan oleh pihak sekolah dan Akademi NLP Malaysia untuk membantu pelajar mempersiapkan diri dalam menduduki Ujian UPSR kelak. Program ini berlangsung selama 2 hari dan amat mengujakan. Program ini dikendalikan sendiri oleh prinsipal akademi iaitu Tn Hj Md Taib Mat yang merupakan pengamal NLP terkemuka di negara ini.

   

8 Peserta Cemerlang dalam Program Pengamal Asas NLP-NS Bersijil

PDFPrintE-mail

23 Jun 2012- 8 orang peserta telah melengkapkan Program Pengamal Asas NLP-NS Bersijil kali ke 27 dengan sangat jayanya hari ini. Program yang diadakan selama 6 hari ini diharap dapat memberi impak besar kepada peserta yang terdiri dari pelbagai sektor kerjaya. Sekali lagi tahniah daripada Akademi NLP Malaysia dan kami senantiasa mendoakan agar anda terus sukses dan teruslah mempratikkan ilmu NLP dalam kehidupan anda seharian untuk kecemerlangan diri anda.

   

LADAP-150 Guru ketahui cara NLP dalam P&P

PDFPrintE-mail

16 Jun 2012-150 orang guru telah berkongsi mengenai penggunaan Neuro Linguistik Programming(NLP) dalam Pengajaran & Pelajaran(P&P) dalam program LADAP mereka yang diadakan di Shah Alam. Tuan Haji Md Taib Mat selaku Prinsipal Akademi NLP Malaysia telah berkongsi efektifnya penggunaan NLP dalam mengendalikan diri guru dan pelajar supaya proses P&P dapat berjalan dengan lancar,kandungan modul dipetik dari kandungan buku "NLP UNTUK GURU" yang semakin mendapat sambutan hangat dikalangan pendidik.

   

Page 9 of 10