Text Size
Unable to create /cache/mod_novasfh/sfh_111.xml configuration file.
Click here for more information.
Please update your Flash Player to view content.

NLP lonjak potensi diri pelajar

PDFPrintE-mail

NLP LONJAK POTENSI DIRI PELAJAR

Oleh : Prof. Madya Dr. Norinsan Kamil Othman

 

 

Sebagai salah seorang pensyarah dan pengetua kolej kediaman di universiti, saya sering berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yang bermacam ragam.

Mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan sebagai mahasiswa.

Ramai yang mahu cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana.

Ramai yang berasa terbeban dengan program yang diikuti, buntu, bimbang dan tidak kurang pula yang putus asa.

Seorang pelajar, wajib bagi mereka untuk sentiasa belajar dan bersedia dalam menimba pengetahuan dan ilmu yang baharu.

Pelajar sama sekali tidak terlepas daripada aktiviti belajar sama ada dalam kehidupan formal di sekolah mahupun tidak formal di rumah.

Melalui pembelajaran pelajar dapat gali pelbagai jenis ilmu pengetahuan.

Pelbagai cara dan usaha dilakukan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran.

Namun begitu, terkadang segala usaha yang dilakukan dalam meningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar masih tidak mencukupi dan tidak tercapai.

Untuk itu kita perlu mendapatkan suatu cara atau teknik dalam membantu pelajar dalam pembelajaran mereka agar sentiasa konsisten, kreatif, bijak dalam menjawab serta mampu mengenali potensi diri mereka dan akhirnya mendapatkan hasil yang maksimum selain cemerlang.

 

Bagaimanakah NLP Dapat Membantu?

NLP iaitu Neuro Linguistic Programming adalah program yang dipraktikkan sekian lama di Amerika Syarikat namun ia semakin dikenali di negara ini pada masa kini.

Program NLP berpotensi membantu pelajar dalam meneroka, mengenal dan melonjak potensi diri agar menjadi pelajar yang berjaya cemerlang dan hebat sekali gus mampu merealisasikan apa yang pelajar mahu dan impikan.

NLP adalah bagaimana minda anda berfikir, berasa dan kepekaan anda terhadap persekitaran.

Hal ini bagi memudahkan pelajar memahami segala yang dipelajari dan seterusnya mengubahnya menjadi lebih positif, bermotivasi dan cemerlang.

Melalui teknik NLP juga ia membantu pelajar dalam mengawal tindakan dan perlakuan pelajar melalui minda mereka.

Minda dan psikomotor yang berkomunikasi secara terkawal hasilkan tindakan dan perlakuan lebih baik dan mengubah tindakan manusia dari pelbagai sudut dengan lebih cemerlang.

 

NLP Bentuk Dunia Pelajar

NLP tidak berperanan sebagai penggubah dunia.

NLP hanya bantu pelajar mencari jalan untuk pelajar itu membentuk dunia mereka sendiri dan membantu anda menjadi lebih efektif serta cemerlang dalam bidang diinginkan.

NLP juga berperanan menukar persepsi pelajar terhadap sesuatu dengan lebih baik.

Asas kepada NLP adalah menerbitkan sikap positif terhadap kehidupan mereka selain berpotensi untuk mencapai matlamat yang terperangkap di sebalik masalah yang dialami.

Dalam mencapai apa yang anda inginkan, NLP berperanan memberi jalan dengan memperoleh maklumat melalui bagaimana untuk menukar realiti kehidupan sekarang ini kepada apa yang pelajar impikan.

Sebagai kesimpulannya, NLP dapat melonjakkan potensi pelajar secara praktikal melalui program yang sistematik dan berstruktur mencontohi model kecemerlangan individu yang telah berjaya.