Text Size
Please update your Flash Player to view content.

NLP Didik Terima Dengan Positif

PDFPrintE-mail

NLP DIDIK TERIMA DENGAN POSITIF

Oleh : Suzana Jaffar

 

 

Apakah yang boleh buatkan seseorang berjaya dengan cemerlang dan peroleh apa yang dia impikan? Jawapannya adalah Keinginan yang Tinggi.

Ia merupakan faktor pendorong kepada kejayaan seseorang untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

NLP atau ‘Neuro-Linguistic Programming’ memandu pelajar ke arah membina Keinginan Tinggi tersebut dengan mengenalkan teknik Visualisasi iaitu  pembentukan wayang minda.

Dengan menggunakan Teknik V.A.K (Visual, Auditori, Kinestetik) ia akan membuatkan skrin minda membentuk gambaran atau wayang minda.

Emosi pelajar akan digerakkan ke arah Keinginan Tinggi dalam merealisasikan  MATLAMAT mereka.

Tanpa keinginan dan matlamat jelas yang terbit dari dalaman diri sendiri, proses pembelajaran akan menjadi hambar dan kurang bermakna.

Keinginan dan matlamat adalah pendorong yang kuat. Tanpa matlamat kelakuan kita, seperti aktiviti pergi ke sekolah dianggap sebagai satu bebanan yang mungkin menjadi tekanan atau stress.

Dengan NLP pelajar didedahkan dengan pemahaman ‘Bagaimana Memberi Makna’ dan menjadikan pembelajaran sebagai sesuatu yang sangat positif.

Setiap perkataan yang diungkapkan oleh pelajar, ibu bapa dan guru-guru memberi MAKNA yang tersendiri dalam minda pelajar yang menerima perkataan tersebut dan ia akan dizahirkan oleh kelakuan atau kata-kata mereka.

Makna positif akan menzahirkan sikap yang positif dan makna negatif akan melahirkan sikap negatif.

Dengan pendedahan teknik NLP pelajar mampu mengubah sikap dan kelakuan negatif kepada positif kerana mereka tahu bagaimana melakukannya.

NLP mendidik pelajar untuk memberi ‘MAKNA yang Positif’ kepada setiap perkara yang sedang, ingin dan akan dilakukan.

Apabila pelajar mampu memberikan makna yang jelas dan positif kepada proses pembelajaran, ia dengan sendirinya dapat membuat pelajar merasakan proses pembelajaran itu adalah sesuatu yang SERONOK dan MENGUJAKAN. Menarik bukan?

 

Pandu pelajar fokus

Daripada pemerhatian dan pengalaman bersama pelajar yang saya sendiri dekati dengan guna teknik NLP, saya dapati pelajar yang telah didedahkan dengan teknik NLP atau yang telah melalui sendiri proses ‘Coaching’ dengan NLP, mereka mempunyai matlamat dan hala tuju yang lebih jelas.

Contohnya: Pelajar yang telah melalui pengalaman mempelajari teknik dalam NLP mereka lebih fokus kepada HASIL daripada tindakan yang mereka lakukan.

Pelajar ini lebih berdikari dan membawa diri mereka menjadi seorang yang mampu memandu diri sendiri dengan yakin dan tahu apa yang mereka mahukan.