Text Size
Please update your Flash Player to view content.

NLP butang ubah mindset pelajar

PDFPrintE-mail

NLP butang ubah mindset pelajar

Oleh : Jasmi Bahrim

 

 

“Bolehkah saya dapat ‘straight A’s’ sedangkan saya hanya dapat keputusan ‘biasa-biasa’ sahaja sebelum ini?”

“Saya dah berusaha keras tetapi masih gagal, boleh ke saya berjaya?”

“Cikgu ajar saya tak faham lagipun soalan selalu susah, apa perlu saya buat?”

“Saya malas ke sekolah sebab selalu mengantuk di dalam kelas”

Saya seorang guru lebih dari 30 tahun sebelum memilih untuk bersara awal baru-baru ini. Saya juga merupakan seorang guru kaunseling dan kaunselor berdaftar. Selain itu, saya menjadi penceramah sambilan untuk pelajar sekolah.

Setelah mengenali program ‘Neuro-Linguistic Programming’ atau NLP dari Akademi NLP Malaysia saya menerapkan kaedah-kaedah NLP yang amat bermanfaat untuk pelajar. Saya berkongsi rahsia NLP dengan pelajar.

Ribuan pelajar telah mengikuti program saya.

Soalan-soalan yang saya paparkan di atas merupakan sebahagian keluhan dan suara hati pelajar dalam kelas atau dalam ceramah yang saya kendalikan.

Setiap pelajar impikan kejayaan. Tidak ada pelajar yang mahu gagal. Mereka mahu berjaya dan cemerlang seperti pelajar lain.

Masalah ini juga merupakan masalah umum kepada kebanyakan ibu bapa.

Tiada ibu bapa yang mahu anak mereka gagal. Tanyalah mana-mana ibu bapa pastinya jawapan mereka ialah ‘mahu anak saya cemerlang dalam pelajaran’.

Pelajaran yang baik adalah kunci kejayaan masa hadapan.

 

Ubah Landskap ‘Mindset’ Pelajar

Penyelesaian kepada masalah dan kebimbangan di atas adalah dengan berikan fokus kepada punca bukan kesannya.

Punca kepada masalah ini saya rasakan terletak kepada ‘mindset’ pelajar itu sendiri.

Pelajar perlu mempunyai sikap yang baik untuk belajar melalui sistem kepercayaan dan nilai yang bagus.

Di sinilah pada pengamatan saya NLP dapat membantu pelajar dengan berkesan.

Dengan mengubah sistem kepercayaan dan nilai melalui perubahan pada sistem tapisan persepsi, kesan perubahan yang ketara dan drastik dapat diperoleh.

NLP adalah salah satu cara terbaik melakukannya kerana pelajar dapat mengubah cara berfikir daripada maklumat yang masuk melalui derianya.

Ada pelajar berfikiran positif, berkeyakinan tinggi dan bermotivasi untuk belajar dan cemerlang.

Ada juga pelajar berfikiran negatif, takut gagal, malas, tidak bermotivasi dan sebagainya.

Jangan bimbang kita perlu kaedah yang betul untuk mengubah daripada cemerlang terus kekal cemerlang, daripada tidak bermotivasi akan bermotivasi.

Yang penting kita tekan ‘BUTANG’ yang betul dan sesuai. Butang itu ialah NLP.

 

‘Tools’ Kaedah NLP

Dalam kaedah NLP kita mengenali potensi diri. Setiap pelajar adalah unik cara dan gaya pencerapan.

Ada pelajar yang dapat mencerap pembelajaran dengan gaya visual atau melihat, auditori atau mendengar dan kinestatik atau pergerakan.

Pelajar boleh menguasai ketiga-tiga sistem pencerapan ini untuk menjana kejayaan dalam pembelajaran di dalam kelas atau ketika mengulang kaji pelajaran.

Terdapat banyak ‘tools’ atau teknik yang boleh digunakan dalam NLP.

Oleh itu, saya amat menggalakkan supaya ibu bapa dan guru memastikan anak-anak dan pelajar mengikuti program NLP sehari yang dianjurkan oleh Akademi NLP Malaysia (ANLPM).

Ini adalah peluang keemasan yang sukar diperoleh dengan yuran minimum lebih daripada ‘durian runtuh’.

Saya percaya pelaburan anda akan lebih daripada berbaloi kerana saya pernah melaluinya lama dahulu.

Bertindaklah segera dan jangan berlengah.