Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Certified Coaching With NLP’ (Level 1)

PDFPrintE-mail

Akademi NLP Malaysia telah mengorak langkah setapak lagi dalam membangunkan program modal insan dengan teknik NLP di Malaysia dengan kejayaan program ulung ‘Certified Coaching With NLP’ (Level 1) yang telah dihadiri oleh 42 orang peserta dari seluruh Malaysia yang terdiri dari berbagai latarbelakang termasuk guru, jurulatih, coach, pensyarah, kaunselor , pendakwah dan usahawan paada 15hb sehingga 19hb September 2014 di Pasir Salak Resort,Teluk Intan, Perak.

Program berprestij dan setaraf antarabangsa ini adalah satu-satu program coaching di Malaysia yang memperkenalkan kaedah penanda aras atau ‘bencmarking’. Selepas melalui sekurang-kurangnya 4 kali penanda aras pada tahap kelulusan minimum 2.5 hampir semua peserta berjaya mendapatkan Sijil ‘Certified Caoching with NLP (Level 1)’ yang melayakkan mereka untuk mendaftar sebagai peserta Certified Profesional NLP Coach , ANLPM.

Seramai 12 orang Certified Coach yang merupakan ‘Coaches’ berdaftar dengan Akademi NLP Malaysia dibawah naungan Inner Quantum Coaches telah menaburkan khidmat bakti mereka sebagai ‘bencmarker bertauliah’ bagi memastikan kejayaan program ini. Akademi NLP Malaysia mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan ‘bencmarkers’ yang telah mencipta sejarah bagi melonjakkan tahap Coaching di Malaysia.

Memandangkan respon dan maklumbalas bagi program ini amat menggalakkan dan atas permintaan yang kami terima maka program ini akan ditawarkan sebagai salah satu program utama oleh Akademi NLP Malaysia. Bagi mereka yang berminat sila layari kalendar kami untuk program 2015 atau boleh mendapatkan maklumat dari Utusan Malaysia pada 14hb Oktober 2014. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

ps2Gambar Semua Peserta dan benchmarker bersama Master Trainer, Tn. Hj Md Taib Mat.

Gambar Sekitar Program

KNGN_PS PSR_SLK ps

Yuran Penyertaan: RM3280.00 termasuk penginapan, makan dan minum untuk 6 hari. Lokasi program: Pasir Salak Eco Resort, Teluk Intan Perak. Tempoh program: 6 hari