Text Size
Please update your Flash Player to view content.

PDFPrintE-mail

jasmi

Cr. Jasmi Bahrim

Jasmi Bahrim ialah seorang kaunselor berdaftar bermula pada tahun 2011. Beliau juga seorang Certified NLP Master Practitioner (NFNLP) dan Certified LAB Profile Practitioner. Beliau ialah seorang penceramah motivasi, kemahiran belajar dan menggunakan program meta atau gaya berfikir, kaedah-kaedah kecemerlangan dangan NLP (Neuro Linguistic Programming) melalui program-programnya untuk pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Beliau selalu dijemput untuk membentangkan kertas kerja mengenai NLP dalam kalangan guru kaunseling, HEM di peringkat Negeri Sembilan dan Kebangsaan.

Beliau dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banda Hilir. Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota dan Sekolah Tinggi Melaka. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Semasa menjadi guru, beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi dan Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi. Semasa menuntut di UKM, beliau telah menerima Anugerah Dekan dan anugerah fakulti Pendidikan.

Beliau berpengalaman sebagai guru lebih daripada 24 tahun. Baliau pernah menjadi kaunselor di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban dan sekarang beliau menjadi guru kaunseling di Sekolah Menengah Vokasional Dato’ Undang Hj.Muhamad Sharip, Rembau, Negeri Sembilan. Sepanjang perkhidmatan dalam bidang perguruan, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (Melintang) pada tahun 1995 dan pada tahun 2005.

Beliau juga penulis Modul Jati Diri Pelajar Asrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan penulis Modul NLP untuk Pelajar Sekolah Menengah Teknik & Vokasional KPM. Beliau merupakan YDP Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan dan MGK Daerah Rembau sejak tahun 2010 hingga sekarang dan AJK Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan sehingga sekarang.