Text Size
Please update your Flash Player to view content.

PDFPrintE-mail

 suzanajaffar

Suzana Binti Jaffar

Puan Suzana Jaffar telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi di Akademi NLP Malaysia, MTM Consultants Sdn Bhd yang merupakan peneraju NLP yang pertama di Malaysia dalam Bahasa Malaysia semenjak Januari 2012. Sebagai seorang Ketua pegawai Operasi, beliau bertanggungjawab penuh terhadap program-program yang ditawarkan oleh Akademi NLP Malaysia.

Bermula April 2012 setelah mendapat latihan dan didikan oleh Tuan Hj Md Taib Mat, beliau telah menjadi fasilitator kepada setiap program yang di jalankan oleh pihak Akademi.

Kegigihan beliau dalam mempelajari ilmu NLP telah dianugerahkan pensijilan berikut Certified NLP/Neuro-Semantic Trainer (ISNS, USA), Certified Meta Coach (ACMC), ISNS-MCF, USA) Certified NLP-NS Master Practitioner (ISNS, USA),Certified Hypnotherapist (IACT, USA) Certified NLP Training for Teacher (ANLP,Malaysia),Certified Generative Trance (ISNS, USA) Certified LAB Profile Practitioner (SS, Can),Certified NLP for Sale Practitioner (NFNLP, USA)

Sehingga sekarang beliau telah bersama Tn Hj Md Taib dalam mengendalikan program untuk pelajar, badan-badan korporat, badan-badan kerajaan, swasta dll. Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa ‘Associate of Hypnotherapy Malaysia’.

Beliau di lahirkan di Kg Melayu Subang, Selangor Darul Ehsan dan telah menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Guaman. Memulakan kerjaya awal sebagai seorang Peguambela & Penguamcara di Mahkamah Tinggi Malaysia pada tahun 1994 sehingga 2007 dibawah naungan Suzana Jaffar & Associate.

Beliau banyak menceburkan diri dalam kerja-kerja amal, terutama dalam membantu menaik taraf dan meningkatkan jati diri dan ekonomi ibu-ibu tunggal dengan motivasi dan ‘self-coaching’ melalui teknik NLP. Beliau juga telah banyak membantu pelajar-pelajar melalui “personal coaching”.