Text Size
Please update your Flash Player to view content.

PDFPrintE-mail

Hj. Md. Taib Mat

mtm

Hj. Md. Taib Mat, Principal Coach / Master Trainer, adalah seorang pakar komunkasi dan motivasi dengan Akademi NLP Malaysia / MTM Consultants Sdn Bhd. 

Mempunyai pelbagai kelayakan dan pengiktirafan, beliau adalah seorang Registered Trainer PSMB, Certified NLP Gold Master Trainer (NFNLP); Certified NLP Master Trainer (NLP University); Training Specialist (Society of NLP); Certified LAB Profile Master Trainer / Consultant (SS, Canada); Certified Hypnotherapy Master Trainer & Board Certified Hypnotherapist, BCH (IACT,USA); Licensed Sports Performance Coach (Society of NLP), Certified NLP Master Practitioner (NFNLP); Certified NLP New Code Practitioner (NLP Academy, UK).

Dilahirkan di Bedong Kedah dan mendapat pendidikan awal di SK Bedong Kedah sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Tuanku Abd. Rahman Ipoh (STAR). Mendapat pendidikan MBA (IBEAR – Perancangan Strategik) dari Universiti Southern California (Los Angeles) (1986), B.ScAgricbusiness Economics dari Southern Illinois University (Carbondale) (1985) dan Diploma Sains Pertanian dari UniversitiPertanian Malaysia (1976). Beliau menerima asuhan dari pakar-pakar NLP, hipnoterapi dan komunikasi tersohor didunia termasuklah Dr. Richard Bandler, Dr. Robert Dilts, Judith DeLozier, DrMichael Hall, Dr Stephen Gilligan, Shelle Rose Charvet, Dr William Horton, Dr. George Bein, Anthony Robbins dan lain-lain dimerata pelusok dunia termasuklah Amerika Syarikat (Colorado, California, Florida) , Italy, Germany, Hongkong, Taiwan, Sepanyol, Australia, United Kingdom, Singapura dan Malaysia.

Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kerjaya lebih dari 35 tahun dalam pengurusan perladangan, pemasaran kimia pertanian, dan pembangunan insan. Memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengurus Ladang di Harrisons Plantations, Eksekutif Pembangunan Perniagaan di Shell Chemicals, Pengarah Urusan Aliran Permata Sdn Bhd (Teknologi Maklumat), dan MTM Consultants Sdn. Bhd (Pembangunan Insan). Ribuan orang dari berbagai lapisan masyarakat telah menyertai program kendalian beliau. Dari ketua eksekutif, pengarah, pengurus, peguam, pensyarah, , doktor perubatan, trainer, motivator, kaunselor, DJ dan penerbit radio, pegawai tentera, jururawat, guru, eksekutif pemasaran dan jualan, agen MLM/hartanah /uni tamanah, pelajar dan suri rumah.

Peserta dari berbagai organisasi kerajaan dan swasta menyertai programnya termasuklah: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ICU-JPM, Maktab Kanan Polis Diraja Malaysia, RTM, Kementerian Pelajaran Malaysia, KWSP, Jabatan Pengangkutan Jalan, LHDN, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, TNB, TM, CIMA, TLDM, Kementerian Sumber Manusia, KorJurutera Di Raja ATM, JabatanTenaga Rakyat, Kementerian Dalam Negeri, INTAN, Bank Rakyat, Hopital Tuanku Jaafar, MAS, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, ILSAS, SIT International College, UPM, UM, UiTM, UPNM, UTM, UMP, UUM, UKM, UIA, UMK, UDM, USIM, UNITEN, UMS, UNIMAS, UniKL, Yayasan Basmi Kemiskinan, Brunei Armed Forces, Baitulmal Sarawak, SIT International College, Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia, NPC, MBSA,Tabung Amanah Islam Brunei, SOAS Collge Brunei, Jabatan Pelajaran Brunei, Akademi Percukaian LHDN, Institut Pengurusan Kesihatan Malaysia, Bintulu Port S/B, Prodata S/B, Pusat Latihan PBT Selangor, dll

Beliau telah banyak mengendalikan kursus pembinaan diri yang berorientasikan pencapaian hasil yang hebat di Malaysia dan Brunei Darussalam. Antara program yang dikendalikan beliau ialah “Certified NLP Practitioner”, “ Certified Lab Profile Practitioner”, “Certified NLP for Teachers”, “Certified NLP for PLUS Counsellors”, “ Certified Acessing Personal Genius” , “Coaching” Untuk Pengurus, “Coaching” untuk Pelajar, Komunikasi Untuk Trainers, Komunikasi Efektif dan Pengucapan Awam, Pengurusan Masa Efektif, Pengendalian Stress, Membina Pasukan Dinamik, ”Peak Performance, Komunikasi Hipnotik”, Teknik “Re-Framing”, Modeling dengan NLP, dll.

Program motivasi terbesar yang pernah beliau kendalikan dihadiri lebih dari 3,500 orang diUniversiti Malaya (2010) dan 1,200 pelajar sekolah menengah di Auditorium MBSA Shah Alam.

Beliau telah menulis empat buah buku iaitu “Anda Berhak Hebat”; NLP : Rahsia Sains Dan Seni Kejayaan Diri, NLP Untuk Guru dan NLP, Naga dan Anda dan sedang menyiapkan buku kelima beliau ketika ini. Beliau kerap menyampaikan ceramah di rancangan radio dan TV di RTM.