Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Seminar LOA - Program "SELLOUT"

PDFPrintE-mail

Seminar "Law of Attraction (LOA) & NLP" pada 19 Jun 2010 mendapat sambutan luar jangkaan. Ianya merupakan 'SELLOUT" program.

120 tempat yang disediakan penuh dan beberapa peserta yang datang akhir mengikuti seminar tanpa manual pada peringkat awal.

Satu aspek yang menarik perhatian peserta ialah integrasi prinsip LOA seperti yang diperkatakan dalam banyak buku LOA dan filem 'The Secret' dengan kaedah membina hasil yang diingini dengan sempurnan melalui 7 langkah 'Well-Formed' Outcome. Ini adalah satu aspek Meta Model yang diperkatakan oleh Richard Bandler dan John Grinder sebagai The Structure of Magic.

Seminar LOA dan NLP ini melampaui kaedah LOA yang biasa diperkatakan kerana ia menunjukkan kaedah dan teknik pencapaian matlamat dengan menggunakan corak 'TIMELINE'. Ianya melebihi kaedah Visualisasi yang biasa diperkatakan atau sekadar pemikiran fokus untuk mendapatkan sesuatu. 

Dalam program LOA ini peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah menginvokasikan impian mereka dengan perkataan yang emotif, penglibatan semua deria menggunakan modaliti dan sub-modaliti yang menjadikan movie minda begitu realistik dan powerful. Andaian disini ialah Minda Separa sedar tidak dapat membezakan antara realiti dunia luar dengan peta dalamannya.

Ulasan-ulasan peserta:

"Fantastik!".

"Saya telah memperolehi banyak matlamat  tanpa menyedari ianya adalah LOA. Seminar ini menunjukkan ianya lebih sistematik".

"Saya mendapat perspektif baru bagaimana mencapai apa yang saya mahu".

"Baru saya sedar implikasi perkataan yang saya gunakan menentukan arah fikiran saya dan mempengaruhi prestasi diri saya".

"Samua orang patut menghadiri program LOA dan NLP ini. Ianya diluar jangkaan".

Program akan datang  pada bulan Oktober 2010. Hubungi 03-55134588 (Fakhrul / Sharifah) atau emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk maklumat lanjut.