Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Apa Kata Kaunselor MAKUMA

PDFPrintE-mail

Selama 6 hari dari 22hb-27hb Mei 2010 bertempat diHotel De Palma Ampang seramai 14 orang kaunselor dari sebelas buah universiti (IPTA) telah mengikuti program “Certified Basic NLP Practitioner” yang dikendalikan oleh Tuan Hj. Md Taib Mat.

Universiti-universiti itu ialah UUM, UM, UPM, UiTM, UIAM, USIM, UPNM, UTM, UMP, UDM, UMK. Program ini adalah anjuran MAKUMA (Majlis Kaunselor Universiti Malaysia) yang dikelolakan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pelbagai maklumbalas dan reaksi yang diterima dari kaunselor-kaunselor terlatih dan berpengatahuan ini. Antaranya:

“Kursus ini Fantastik”.

“Mengkagumkan”.

“Menakjubkan”.

“Luar jangkaan dan tidak terduga”

“Tidak pernah terfikir ada ilmu sebegini”.

“Mengubah persepsi saya mengenai NLP”.

“Saya amat teruja dengan NLP”.

Seorang kaunselor berpengalaman mengulas, “Sewaktu memasuki kelas dipagi hari pertama dan bertemu Tuan Hj Taib saya terfikir apa lagi yang saya boleh pelajari dari fasilitor ini. Dengan latar belakang dua ijazah daalam kaunseling dan psikjologi serta pengalaman yang lama apa lagi yang dapat saya perolehi. Diakhir program saya bersyukur dan berterima kasih pada ilmu yang hebat ini”.

Program 6 hari “Certfified Basic NLP Practitioner” (NFNLP) yang akan datang adalah seperti berikut:

1. Kota Kinabalu Sabah 21-26 Jun 2010

2. Hotel Residence @ UNITEN Bangi – 3 hujung minggu pertama Julai 2010:

a. 3 & 4 Julai 2020

b. 10 & 11 Julai 2020

a. 17 & 18 Julai 2020


Kursus-kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Hj Md. Taib bin Mat. Beliau merupakan 'Certified NLP Master Trainer' (NFNLP) dan merupakan Master Trainer NFNLP yang pertama diMalaysia. Beliau juga 'Trainer of The Year 2008 NFNLP'. Selain itu beliau merupakan 'Certified Meta Coach' (ISNS, USA) yang kecil bilangannya didunia. Beliau juga adalah 'Certifield LAB Profile Trainer' (SS, Can) dan  'Certified Hypnotherapist Master Trainer' (IACT, USA). 

Beliau adalah orang pertama mengendalikan program NLP dalam Bahasa Malaysia. Lebih dari 200 orang telah disijilkan oleh beliau sebagai 'Certified NLP Practitioner' (NFNLP) versi Bahasa Malaysia/Inggeris. Ramai kaunselor-kaunselor dari JPA dan Universiti serta 'Master Trainers' menganggap beliau amat berpengetahuan dalam NLP.

Jadual beliau adalah padat. Kini beliau sedang mengendalikan program aplikasi NLP ditempat kerja untuk seramai hampir 3,000 orang warga kerja bagi sebuah organisasi besar diMalaysia.


Sila hubungi Sharifah Noor Azian 019-3114754 atau Nuar Hassan 019-2508799 untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.