Text Size
Please update your Flash Player to view content.

NLP Dan Diri Anda

PDFPrintE-mail

Masih ramai yang bertanya saya, “Apa itu NLP?” dan “Apa gunanya NLP

Ramai yang menganggap NLP itu adalah disiplin tertentu yang spesifik dan mengenai psikologi secara khusus. Jawabnya bukan. Sekalipun NLP ada kena mengena dengan psikologi ianya lebih dari itu. Ianya adalah mengenai memodelkan kecemerlangan.
NLP adalah Modelling Kejayaan
Pertama, ianya mengenai sikap ingin tahu dan mencuba. Kedua, ianya berkait rapat dengan modelling atau mencontohi sesuatu yang terbaik dan cemerlang. Disini ianya mengenai proses untuk meniru, menyalin atau menduplikasikan sesuatu kelakuan terbaik yang menghasilkan sesuatu yang diingini. Perlakuan seseorang yang terbukti hasilnya yang cemerlang dapat diikuti atau diduplikasikan dengan mengkaji apa yang berlaku dalam pemikiran mindanya. Apakah gambaran-gambaran yang dimainkan oleh mindanya hingga menerbitkan kelakuan yang menghasilkan sesuatu yang hebat dan cemeralng. Penggunaan submodaliti yang menjadi ’editing tools’ membantu proses ini. Ini termasuklah penapis-penapis yang terdapat dalam minda, program-program yang dijalankan oleh minda, dan bahasa yang digunakan dan disebatikan dengan sarafnya.
Jika ini dapat dirungkaikan serta diteliti dan kemudian diikuti maka ianya akan menghasilkan sesuatu yang sama. Ianya seperti memasak sebiji kek dengan mengikuti resipinya dengan teratur dan tepat. Pastinya kek yang dihasilkan tetap serupa walaupun beratus kali dimasak. Aturan resipi yang sama akan menghasilkan kek yang sama.
Persepsi NLP Berubah
Setelah mengajar dan mensijilkan hampir 200 orang pengamal NLP dalam tiga tahun ini saya dapati ramai yang mengubah persepsi mengenai NLP diakhir program. Ramai yang mendapati dan menyarankan bahawa setiap orang perlu mengetahui NLP. Bahawa NLP merupakan satu alat dan kaedah yang boleh mencernakan apa sahaja yang kita mahu. Ramai yang menganggap NLP bagaikan satu keajaiban pembelajaran. Kaedah yang mantap dan ’powerful’ tetapi begitu mudah untuk meneroka keupyaan minda dan diri. Ianya lebih dari sekadar membayangkan sesuatu. Ianya lebih dari visualisasi kreatif seperti banyak tanggapan peserta sewaktu mereka mula-mula mengikuti program.
NLP begitu berkuasa kerana berpandukan kepada dua soalan utama. Ianya mengenai hasil dari soalan, ”Apakah yang anda mahu”.
Jika hasil dan arah diketahui dan ditentukan dengan begitu pasti serta mantap, maka soalan kedua adalah proses untuk mendapatkannya iaitu, ”Bagaimana saya boleh mencapai apa yang saya mahu?”.
Hasil yang diketahui dicantum dengan proses pastinya membuahkan sesuatu yang dapat diperolehi bagaikan satu keajaiban.
Bagaimana NLP Membantu Setiap Insan
Teknik-teknik dan proses yang terdapat dalam NLP membolehkan kita memahami diri kita dan orang lain serta dapat menghasilkan kaedah-kaedah yang berkesan dalam banyak cabang kehidupan. Ini termasuklah:
§ Membina dan mencapai matlamat kerjaya dan kewangan
§ Meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi menghasilkan apa yang kita mahu
§ Membina hubungan yang ideal
§ Meningkatkan motivasi diri
§ Mengatasi masalah dan konflik dalaman diri
§ Membentuk imej diri yang diingini
§ Menarik orang yang betul kepada anda
§ Mengubah kelakuan kepada yang dingini
NLP adalah satu teknologi yang pragmatik yang berdasarkan kepada keupayaan minda untuk anda mendapatkan hasil yang diingini dan membolehkan anda membentuk masa hadapan anda yang diimpikan. NLP adalah teknolgi minda dan kelakuan yang mempunyai prinsip-prinsip tertentu dan saintifik. Ianya membolehkan anda untuk berubah, menerapkan atau mengikis kelakuan seperti yang anda ingini, memberikan anda keupyaan untuk memilih keadaan mental, emosi, dan fisiologi atau fizikal diri.