Text Size
Please update your Flash Player to view content.

Bagaimana Keadaan Anda Hari Ini?

PDFPrintE-mail

Apabila anda ke pejabat hari ini apakah keadaan diri dan emosi yang anda bawa? Adakah anda seronok, ceria, bersemangat? Atau adakah anda rasa bosan, bimbang, marah? Apakah keadan diri yang perlu anda miliki sewaktu anda berada dipejabat? Dan apakah pula keadaan diri yang anda perlu bawa balik ke rumah untuk menghadapi ahli keluarga dipetang hari?

 

 

Apa jua keadaan diri dan emosi yang anda inginkan dapat dicapai dengan mudah melalui NLP. NLP dapat membantu dan mendorong anda mengendalikan keadaan diri yang anda ingini dalam satu-satu situasi.

Adakah anda mempunyai dilema yang membuatkan anda tidak keruan sekarang ini? Apakah konflik dalaman diri yang sedang anda alami? Apakah pula perasaan pertentangan yang membuatkan anda gelisah dan mengekang anda diwaktu ini?
NLP dapat membantu anda mengatasi permasalahan pertentangan dalam diri melalui corak atau teknik resolusi konflik.
Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mencapai apa-apa matlamat diwaktu ini? Apakah pula impian anda dalam hidup ini? Anda kadangkala kebingungan memikirkan bagaimana mahu mencapai matlamat anda. Ada waktunya anda seolah-olah dilanda kebuntuan bila memikirkan impian dan arah tuju hidup anda. Tahukah anda bagaimana membina dan mencerap strategi yang mudah bagi mencapai matlamat dan impian tersebut?
Kaedah-kaedah yang terdapat dalam NLP dapat menunjuk cara bagaimana anda dapat mencapai matlamat anda. Anda dapat menjalani atau meneroka garismasa atau ‘timeline’ kehidupan anda bagi merealisasikan cita-cita tersebut. Corak membina matlamat mantap atau ‘well-formed outcome’  dapat menunjuk cara menghasilkan matlamat yang jitu.
Apakah pula tabiat yang kurang elok yang anda ingin kikiskan dari diri anda? Ataupun adakah anda ingin menerapkan sesuatu kelakuan yang dapat menjadikan anda lebih berdaya sumber?
NLP dapat menolong anda mengubah kelakukan yang tidak diingini. NLP  mempunyai beberapa kaedah yang efektif bagaimana anda boleh melakukan perubahan tabiat ini. Untuk keterangan dan maklumat lanjut layari laman web kami di www.akademinlp.com atau hubungi Puan Suzana/Sdr Fakhrul/ Cik Fina di talian 03-55134462/4588