Text Size
Unable to create /cache/mod_novasfh/sfh_111.xml configuration file.
Click here for more information.
Please update your Flash Player to view content.

Apa Setiap Guru Patut Tahu Mengenai NLP

PDFPrintE-mail

Hari ini ramai orang memperkatakan keberkesanan Pembelajaran dan Pengarajan (P&P) disekolah. Ramai ibubapa yang tidak puas hati dengan pencapaian anaknya dan menyalahkan guru. Salahkah guru jika pengajarannya tidak berkesan? Apakah harus kita persalahkan guru jika metod yang digunakannya mungkin masih belum banyak berubah sejak berdekad-dekad lamanya? Kaedah yang guru pelajari diUniversiti dan Maktab perguruan adalah metod-metod yang lama.

 

 

Michel Thomas menyifatkan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di Amerika sebagai 'dis-educational system". Beliau amat tidak berpuas hati dengan kaeah pengajaran dan sistem sekolah yang ada yang disifatkannya sebagai 'criminal institution' dan modeler typologi kelakuan manusia Wyatt Woodsmall dan isterinya Marilyn Woodsmall menyifatkan sekolah sebagai 'Mind Prison". (Rujukan: The Future of Learning:The Michel Thomas Method" oleh Wyatt & Marilyn Woodsmall).

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Michel Thomas dan Wyatt & Marilyn Woodsmall mungkin dianggap keterlaluan tetapi banyak kebenarannya. Apakah sistem yang ada sekarang tidak menwujudkan paksaan pembelajaran? Tidakkah sistem  sekarang mengongkong pelajar dengan model yang sama untuk semua? Tidakkah ianya menyekat pemikiran kreatif dan kritikal pelajar? Tidakkah ianya menwujudkan tekanan dan stres pada pelajar (sekarang guru juga banyak yang tertekan dan terstres)?

NLP banyak menawarkan kaedah-kaedah yang dapat digunakan untuk mengimbangi dan mengatasi sebahagian dari masalah diatas. Wyatt Woodsmall juga adalah 'trainer' NLP yang tersohor. Artikel ini akan membincangkan beberapa corak dan kaedah NLP yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam penyampaian silibus pelajarannya. Dengan menggunakan NLP pelajar akan makin berseronok untuk belajar.

Mengendali Keadaan Diri (State Management)

Berapa ramaikah diantara guru yang benar-benar memahami dan dapat mengendalikan keadaan diri pelajarnya. Bahkan lebih malang ada pula guru yang tidak dapat mengendalikan keadaan dirinya. Jika pelajar tidak berada dalam keadaan fiziakal dan mental untuk menerima pelajaran, bagaimanakah mereka boleh menerima pelajaran dengan baik. Kaedah NLP amat memberatkan "state management". Malah ada pakar NLP yang mengatakan bahawa perbezaan diantara kejayaan dan kegagalan terletak pada "keadaan diri".

Keadaan diri dalam NLP mencakupi sistem representasi yang merangkumi wayang minda, ketajaman deria, pemusatan fikiran yang kongruen, dll. Mewujudkan keadaan diri atau state yang sesuai untuk pembelajaran adalah tangggungjawab guru. Antara 'state' yang sesua ialah seperti "keinginan belajar, relaks, keyakinan, ingin tahu, tenang, fisiologi, seronok, bebas dari tekanan, dll". Tahukah guru kaedah menwujudkan "state" ini? Kemahiran ini dapat diperolehi dari program NLP.

Hasil Atau "Outcome" Pengajaran

Apakah hasil yang diingini oleh guru dari pengajaran yang dibuatnya? Adakah dia begitu jelas dengan hasil bagi setiap sesi tersebut. Hasil disini merupakan lebih dari matlamat. Hasil hendaklah berdasarkan pada sensori atau deria. Ianya dapat dilihat dengan mata, didengar oleh telinga dan dirasai oleh perasaan dalaman dan luaran. Ramai guru yang mengajar berpandukan pada rancangan pembelajaran tetapi adakah dia mencapai hasilnya. Lebih dari itu berapa ramaikah guru kita yang benar-benar memahami istilah hasil atau "outcome" yang dimaksudkan oleh NLP? Michel Thomas mengatakan dalam setiap pembelajaran tanggunjawab untuk kefahaman terletak kepada guru walaupun pelajar juga terlibat dalam konteks tersebut. Guru patut dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan jika pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti apa yang dipelajarinya.